Terdapat lebih dari 20 kajian saintifik yang menunjukkan ianya menurunkan berat badan serta meningkatkan kesihatan
Diet keto juga mempunyai kebaikan dari segi mengawal gula untuk pesakit diabetis, kanser, epilepsi serta utk pesakit Alzheimer
Apa itu Diet Keto?
Diet keto atau ketogenic diet adalah diet karbo sangat rendah, tinggi lemak yang mempunyai banyak persamaan dengan Atkins dan diet rendah karbo lain.
Ini dilakukan dengan merendahkan pengambilan karbo dan menggantikannya dengan lemak. Penurunan karbo menyebabkan tubuh kita bertukar kepada keadaan metabolik yang dipanggil ketosis.
Apabila tubuh memasuki fasa ketosis ini, ia membakar lemak dengan sangat cekap dan berkesan untuk penghasilan tenaga. Ia juga menukarkan lemak kepada ketones di dalam hati, yang seterusnya membekalkan tenaga kepada otak.
Diet keto boleh menyebabkan penurunan gula dan insulin secara drastik. Ini, ditambah dengan paras ketones yang tinggi, menyumbang kepada pelbagai faedah kesihatan.
Kebaikan Diet Keto
Disamping fungsi utamanya untuk menurunkan berat badan serta manafaat untuk pesakit diabetis, antara faedah lainnya:
- Penyakit jantung - menyumbang ke arah penurunan trigliserida, kenaikan HDL serta menurunkan tekanan darah dan glukosa
- Kanser - banyak kajian terkini untuk merawat serta memperlahankan pertumbuhan kanser
- Alzheimer - mengurangkan simptom Alzheimer serta memperlahankan progres penyakit tersebut
- Epilepsi (sawan)- kajian dari tahun 1920-an lagi di US berjaya merawat epilepsi yang tidak boleh dikawal dengan ubat
- Polycystic ovarian syndrome (PCOS) - diet keto membantu penurunan paras insulin yang seterusnya membantu pesakit PCOS
Makanan yang perlu dielakkan
Secara mudahnya semua makanan tinggi karbo perlu dihadkan. ini termasuk:
- Makanan bergula- air-air manis, jus buahan, kek, biskut2 manis, ais krim serta gula-gula
- Bijirin atau karbo berkanji-nasi, roti, mee, pasta dsb
- Buah-buahan - semua jenis buah, kecuali sedikit buah spt strawberi atau blueberi
- Ubi-ubi- seperti ubi kentang, keledek dan ubi kayu
- Kacang - seperti kacang hijau (peas), lentil dan kacang merah (kidney beans)
- Gula tersembunyi - seperti dalam sos, kicap dan mayonis
- Daging - lembu, kambing, ayam, dsb
- Ikan- sebarang jenis ikan
- Telur
- Mentega
- Keju
- Kekacang seperti almond, walnut, flaxseed dan chia seed
- Minyak sihat - seperti kelapa, kelapa sawit dan zaitun
- Avocado
- Sayur rendah karbo seperti sayuran hijau, tomato, bawang2
- Condiments iaitu rempah ratus
Had untuk karbohidrat - kurang dari 50 gram sehari (net carb):
Pilih sayur-sayuran yang rendah karbohidrat:
Nombor mewakili net carbs/100 gm sayuran. Sumber: DietDoctor.com |
Berhati-hati dengan sayuran yang agak tinggi net carbs seperti di bawah:
Nombor mewakili net carbs/100 gm sayuran. Sumber: DietDoctor.com |
Keto cuma makan sayur Mat Saleh? Tidak juga! Sayur-sayur tempatan yang pelbagai jenis, tidak kurang juga khasiat serta kebanyakannya juga rendah karbohidrat. Infografik di bawah merupakan hasil penyelidikan Team RDO terhadap jumlah karbohidrat sayur-sayur tempatan. Nombor mewakili jumlah karbohidrat/100 gm
Had untuk protein - kurang dari 50 gram sehari
-Protein juga perlu dihadkan kerana ia juga merangsang insulin secara sederhana dan ini boleh menghalang ketosis jika diambil terlalu banyak
Bagaimana dengan lemak?
Lemak biasanya sudah terkandung di dalam protein yang kita makan. secara mudahnya tidak perlu menyukat lemak, tetapi kena makan lemak supaya agak-agak kita kenyang
Snacking?
Snacking tidak digalakkan semasa diet keto, tetapi jika sangat lapar, boleh ambil sedikit daging atau ikan, 1-2 biji telur, buahan seperti strawberi, atau sayur-sayuran seperti timun atau celery
Jika perlu snacking-pilih kacang jenis Pecan, Brazil atau Macademia |
Apa itu Diet Keto dalam 1 page?
Bacaan lanjut:
Join RDO Community Telegram Group:
https://t.me/joinchat/A87TgE1HtbCXUHAoSW6jTg
No comments:
Post a Comment