"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi
Disclaimer:
Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!
Sunday, 4 February 2018
Apa itu Intermittent Fasting (IF)?
Intermittent Fasting (IF) atau boleh dipanggil Puasa berselang/berkala ni adalah HANYA berpuasa dari sebarang makanan tetapi BOLEH minum air tanpa gula juga tanpa campuran karbohidrat berkanji yang lain umpama oat, nestum dan sebagainya.
Setiap kali rasa lapar, kita BOLEH minum air hingga kenyang. Badan mmg perlukan banyak air utk pengekalan, pembakaran lemak atau aktiviti2 lain.
Jadi IF ini tidak letih langsung sebenarnya sebab boleh minum air tanpa karbohidrat. Kalau ditambah dgn pengambilan sedikit vitamin seperti vitamin minerals, B1, Folic Acid, Omega3, badan mmg akan jadi sgt2 cergas.
Air memang agak subjektif kerana ada kala diminum begitu sahaja, adakala dicampur garam Himalaya, adakala dicampur baking soda adakala lemon adakala cuka epal. Tajuk air akan dibincangkan di topik lain. Saya nk fokus ttg IF ini dahulu.
Kembali kpd IF ini, sebagaimana yg telah diterangkan, ianya hanya berpuasa dari sebarang makanan dan air bergula serta karbohidrat berkanji sahaja.
Jangkamasa IF yg terbaik adalah bermula dgn 16 jam contoh dari pukul 8 mlm hingga 12 tghari esoknya.
Dengan erti kata lain kita skip sarapan dan break time pukul 10am yg kebiasaan orang ambil.
Utk mencapai matlamat terunggul, kesempurnaan IF boleh dibuat secara beransur2. Umpama kurangkan kuantiti makanan ketika sarapan pagi, atau lewatkan sarapan pagi sedikit dan kurangkan kuantiti makan tengahari.
Sesuaikan peralihan masa dan kuantiti ini hingga selesa dgn konsep IF yang sebenar2nya sebagaimana contoh yg telah diberikan iaitu IF dari pukul 8mlm-12tghari keesokannya dan BOLEH makan (Open Eating Window - OEW) dari pukul 12tghari-8mlm yg sama secara beransur2.
Biasakan keadaan ini dlm seminggu dua atau hingga selesa. pengurangan jumlah makanan dan kalori boleh dibuat tapi jgn banyak sgt hingga kelaparan yg boleh menyebabkan gejala negatif lain terutama sistem metabolisma kita bertukar ke mode kebuluran yg menyebabkan hormon kortisol meningkat, stress dan muscle musnah berperingkat.
Muscle badan tidak boleh dibenarkan sama sekali musnah dgn jumlah yg keterlaluan kerana disitulah tempat tinggal, sel metabolik yg membakar kalori iaitu tenaga dari makanan yg kita makan.
Musnah muscle bermaksud kita hilang jutaan sel2 metabolik yg sgt penting untuk membakar kalori makanan, hilang sel2 metabolik ini menyebabkan badan menjadi begitu lembab membakar kalori dan lebihan kalori yg tidak terbakar akan disimpan menjadi lemak.
Tujuan kita adalah untuk HANYA membakar lemak DAN menambah ketumpatan muscle SUPAYA badan kita bertukar menjadi mesin pembakar kalori yang tidak perlu risau lagi utk terlebih makan dimajlis2 rasmi umpamanya.
Ini adalah protokol untuk mencapai tujuan tersebut.
Pada hari2 biasa, kurangkan antara 500-800 kcal dr BMR - Basal Metabolic Rate sudah sgt mencukupi.
BMR adalah kalori yg diperlukan utk terus hidup tanpa aktiviti. Jika kurang faham kita akan kupas ditopik lain nanti. Fokus IF dulu.
Kenapa IF perlu dibuat selama 16 jam?
- Ini kerana, bila kita makan, sebahagian glukosa dari makanan disimpan sebagai glycogen didalam hati kita. 12 jam diperlukan untuk menghabiskan glycogen ini secara alami baru kita masuk zon yg digelar ketosis.
Empat jam terakhir selepas 12 jam adalah masa pembakaran lemak paling efektif dalam zon ketosis, kalau ditambah dgn sedikit senaman umpama latihan "nitric oxide" atau "sprint 8", "planking" atau "weight lifting" kesannya sgt luar biasa. Tetapi amaran "always stay hydrated" minum air berkala dgn jumlah yg mencukupi. Kekurangan air boleh menyebabkan kejang dan kegagalan organ.
Kenapa perlu habiskan glycogen dan apa itu ketosis dan kenapa perlu masuk zon ketosis ini?
- Glycogen adalah sumber tenaga dari glukos yg datangnya dari karbohidrat yg kita makan. Bukan hanya dr karbohidrat berkanji sahaja malah sedikit dtg dr karbohidrat berfiber yg kemungkinan kita makan sedikit lebih untuk menutupi rasa lapar dlm IF yg agak panjang.
Sudah tentu glukos yg dtg dr karbohidrat berfiber hanya sgt sedikit.
Namun begitu, selagi ada glycogen didlm tubuh selagi itu tubuh kita tidak akan membakar lemak terkumpul supaya boleh dijadikan kembali sumber tenaga utk kegunaan tubuh kerana masih ada tenaga masih berbaki dr glycogen yg terbentuk.
Ketosis pula, adalah bilamana simpanan lemak yg telah terkumpul sekian lama terbakar kembali secara intensif oleh sel metabolik dan lemak2 ini bertukar menjadi tenaga kembali yg diberi nama sebagai "ketones", mengalir didalam darah dan memberi tenaga kepada seluruh organ.
Diulangi ketosis HANYA terjadi setelah glycogen yang tersimpan habis sepenuhnya dlm tempoh sekurang2nya 12 jam seperti yg telah diterangkan. Sekali lagi ditekankan saat2 selepas 12jam dlm IF adalah saat2 keemasan jadi bersabarlah tuan2 dan puan2, "but stay hydrated" didalam zon ketosis ini.
Suatu yg sgt istimewa pada proses pembakaran lemak terkumpul ini adalah STEM SEL yg sangat2 diperlukan tubuh untuk proses kesembuhan semulajadi terbebas dari sel lemak yg telah terbakar.
Stem Sel ini melekat pada sel2 lemak, maka bila lemak terbakar, sel induk ini terbebas dgn sendirinya.
Ianya mengalir semula mengikut sistem aliran darah dan menjadi ejen "natural healing" yg sgt berkesan. Itu sebab utama pengamal IF merasa kejutan kerana penyakitnya sembuh satu persatu. Semuanya berlaku atas izin Allah.
Itulah sebab utama kita perlu masuk zon ketosis supaya tubuh kita dapat menukar suis sumber tenaga dari glukos kepada sumber tenaga dari lemak dan mengeluarkan pati kesembuhan semula jadi iaitu sel induk ini.
Zon ketosis umpama kunci untuk membuka gudang simpanan wang yg sgt banyak jumlahnya setelah beg duit kita yang terhad telah kehabisan wang. Masuk zon ketosis secara total dengan latihan perlahan2 dan selamat adalah antara kunci utama dlm IF.
Adakah itu sahaja kelebihannya?
- Selain dari itu testosteron untuk lelaki dan growth hormone untuk kedua2 jantina juga terbentuk secara semula jadi hasil dari IF ini.
Kedua2 hormon ini adalah sgt penting buat kita semua terutama untuk mengembalikan kesihatan tubuh secara semulajadi.
Terutama jika IF yg dilakukan, digabungkan dengan penjagaan makanan yg berasaskan KETOGENIC DIET iaitu sejenis diet yang tidak menggunakan langsung karbohidrat berkanji, menggantikannya dgn karbohidrat berfiber, tidak menggunakan protin terlalu banyak, sekadar 50gm/hidangan atau apa2 bahan yg membolehkan insulin terbentuk secara mendadak dan banyak.
Jadi IF dan KETOGENIC DIET adalah dua elemen yg sgt mustahak utk diketahui dan dipraktikkan demi memperolehi impak maksima menuju tahap kesihatan yang terulung serta mencapai hasrat utk sihat sepanjang hayat.
-Chef Zack-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sekapur sirih
Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...
Most popular posts
-
Anda dah berdiet keto, selepas beberapa lama, berat statik atau dipanggil 'plateau'? Jom tengok punca dan cara mengatasi masalah i...
-
Diet keto adalah sejenis pemakanan rendah karbo, tinggi lemak yang menyumbang kpd pelbagai kebaikan dari sudut kesihatan Terdapat lebih da...
-
Oleh: Dr Hapizi Saya masih sering jumpa ayat di atas, biasanya disertakan dengan result darah kolesterol. Ada pula yang risau, bila da...
-
Oleh:Admin RDO Exte nded fasting (EF) dan prolonged fasting (PF) agak popular dilakukan oleh warga RDO/IFM yang ingin mendapa t manfaat ...
-
Intermittent Fasting (IF) atau boleh dipanggil Puasa berselang/berkala ni adalah HANYA berpuasa dari sebarang makanan tetapi BOLEH min...
Interesting youtube videos (IF & keto)
calculate!
Shoutbox Widget
Shoutbox Tutorials
Thousand Origami Cranes
Thousand Origami Cranes: Leaving a trail of thousand origami cranes by Ngai Chun Cheung (* 1986, Germany)
Ngai Chun Cheung: Ngai Chun Cheung folded more than 10.000 origami cranes in less than 6 years
Leo Laporte from TWiT
Elon Musk on Mars
Twitter
Instagram
Tumblr
YouTube
DeviantArt
Pinterest
Reddit
Shoutbox Tutorials
Thousand Origami Cranes
Thousand Origami Cranes: Leaving a trail of thousand origami cranes by Ngai Chun Cheung (* 1986, Germany)
Ngai Chun Cheung: Ngai Chun Cheung folded more than 10.000 origami cranes in less than 6 years
Leo Laporte from TWiT
Elon Musk on Mars
Tumblr
YouTube
DeviantArt
graminPfani-Little Rock Marquita Wright Here
ReplyDeleteacsmorounjet
Your writing is informative and engaging, and I appreciate the effort you put into researching and providing helpful tips for maintaining a healthy lifestyle. Great Job
ReplyDelete