Kami menggabungkan kedua-duanya (IF + KD) dgn apa yg diberi nama RDO Protocol
Matlamat utama adalah supaya tubuh kita menggunakan lemak sebagai sumber tenaga utama, berbanding karbohidrat, seperti sebelumnya
Base atau asas kepada RDO adalah IF, ini diikuti dengan pemakanan sihat karbohidrat rendah, juga dipanggil ketogenic diet (KD) supaya pembakaran lemak terus berlaku, walaupun selepas kita makan.
Apa itu intermittent fasting (IF)?
IF atau puasa berkala, juga dipanggil "time restricted eating" adalah cara kita menghadkan tempoh 'window' makan ke sekitar 6-8 jam, dan berpuasa sekitar 16-18 jam
Cara yang paling mudah adalah stop makan malam selepas jam 8 mlm, kemudian keesokan paginya, kita skip breakfast dan makan tengahari sekitar jam 12. Dgn itu kita dah berpuasa sekitar 16 jam.
Apa itu ketogenic (low carb) diet?
Iaitu pemakanan rendah karbohidrat (< 50 gm sehari), protein sederhana (sekitar 50-60 gm sehari) beserta lemak2 sihat seperti mentega, avocado, minyak zaitun dan minyak kelapa dara.
Apa yg berlaku dlm tubuh kita?
Sistem tubuh akan memasuki fasa pembakaran lemak yang pesat, yg dinamakan ketosis, dimana paras gula dalam darah menurun, berat badan menurun, tekanan darah menurun, kolesterol menjadi semakin rendah dan penyakit-penyakit kronik semakin beransur hilang...
Proses ketosis yang berlaku ini sangat selamat dan baik untuk tubuh. Ini berbanding dengan keadaan yang berbahaya dalam pesakit diabetis jenis 1 yang dipanggil diabetic ketoasidosis
Jika anda mempunyai penyakit diabetis jenis 2, pastikan anda mendapat pemantauan dari doktor anda dahulu sebelum mempraktikkan RDO Protocol ini.
Matlamat utama kita adalah supaya tubuh bertukar dari menggunakan gula sebagai sumber tenaga ('default mode') kepada lemak iaitu penghasilan ketones
-Dr Hapizi
No comments:
Post a Comment