"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Sunday, 11 February 2018

Doc! Saya ada gastrik, bolehkah buat IF?


Saya seringkali ditanya oleh pesakit-pesakit di klinik serta ahli-ahli group RDO tentang persoalan di atas. Jawapan ringkas saya adalah : YA! tentu sekali, malah IF (intermittent fasting) boleh membaikkan gastrik anda!Mari kita lihat rasionalnya...

First kita tengok dulu apa yang dimaksudkan dengan istilah "gastrik".

Istilah "gastrik" ini agak umum. Lazimnya ditandai dengan simptom seperti sakit perut (terutama bahagian ulu hati), loya dan muntah serta sendawa dan "angin", samada sebelum atau selepas makan.

Kalau menurut definisi ilmu perubatan, ada 3 kategori utama masalah "gastrik" ini:-

1. Gastro-esophageal reflux disease (GERD)
-Pencerut esofagus yang lemah gagal menghalang asid dari naik ke atas (ke bahagian esofagus).
-Ini lebih teruk bila seseorang tu ada masalah obesiti sebab lemak dari abdomen yang besar menolak perut (stomach) ke atas dan ini melemahkan pencerut esofagus


2. Gastritis 
-Keradangan bahagian dalam perut. Jika 'diteropong' melalui prosedur OGDS, akan nampak bengkak dan kemerahan (seperti gambar di bawah)





3. Peptic Ulcer Disease
-Iaitu ulser (luka) bahagian dalam perut atau usus kecil. Rupabentuk ulser ini seperti gambar di bawah


"Gastrik"- Sebab terlebih atau terkurang asid?

Kebanyakan kita menganggap masalah gastrik ini disebabkan perut mengeluarkan asid yang berlebihan. Sebenarnya anggapan itu salah!

Kebanyakan masalah gastrik adalah disebabkan asid yang dikeluarkan perut adalah kurang dari sepatutnya!

Apabila asid yang dikeluarkan perut kurang, makanan menjadi kurang dihadam dan enzim pepsin yang berfungsi mencerna protein juga menjadi kurang cekap, maka terhasillah simptom kurang penghadaman seperti "angin", sendawa, cirit birit/sembelit selepas makan

Bacaan lanjut: https://jonbarron.org/article/stomach-acid

Gastrik juga banyak dikaitkan dengan masalah SIBO. Apa itu SIBO? Baca di sini

Kepentingan Sel Mukosa

Tahukah anda, asid dalam perut anda, dengan pH yang sangat berasid (1-2) berupaya menghancurkan besi yang ditelan masuk dalam perut??


Bagaimana asid yang sangat kuat ini tidak merosakkan lapisan sel perut?

Jawabnya sebab sel mukosa dalam perut mengeluarkan bicarbonate (alkali) yang menjadi bahan utama membentuk gel mukus.(Nota: ini kepentingan mengambil sodium bicarbonate (baking soda) dalam masalah asid berlebihan)



-Ubatan seperti steroid dan painkiller (voren, ponstan, synflex dsb) boleh merosakkan sel mukosa ini, menyebabkan perut kekurangan perlindungan dan boleh menyebabkan gastrik

Boleh tonton video menarik ni tentang kepentingan sel mukosa:

https://www.youtube.com/watch?v=JO9aSruJkP4


Macam mana nak tau kita ada masalah kurang asid atau terlebih asid?

Ini cara yang sangat senang dan murah. Walaubagaimanapun ianya tidaklah begitu tepat.

Ujian baking soda-asid perut

Apabila baking soda (sodium bicarbonate) masuk ke dalam perut, ia bertindakbalas dengan asid hidroklorik dalam perut membentuk gas karbon dioksida- menghasilkan sendawa.

Bagaimana ujian ini dilakukan?

1. Campurkan 1/4 sudu teh baking soda ke dalam segelas air masak, di waktu pagi, sebelum minum atau makan apa-apa

2. Minum larutan baking soda tersebut

3. Lihat timing jam, berapa lama anda sendawa selepas minum larutan tersebut. Buat timing sehingga 5 minit

Jika anda tak ada sendawa selepas 5 minit, berhenti timing.

Secara teorinya, jika perut anda hasilkan asid yang cukup, anda akan sendawa dalam masa 3 minit selepas minum. Sendawa yang banyak, berulang-ulang menandakan anda mempunyai asid berlebihan. Manakala jika anda tidak sendawa selepas 3 minit, menunjukkan anda kurang asid.

Bacaan lanjut di sini

Kepentingan microbiome usus




Microbiome atau gut flora merupakan koloni-koloni bakteria yang menghuni usus manusia yang membentuk simbiosis untuk kesihatan kita. Dianggarkan terdapat kira-kira 1000 spesis yang saling bertukar ganti semenjak kita lahir hingga ke hari ini

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5083795/

Apabila spesis-spesis microbiome ini tidak seimbang, misalnya kerana pengambilan gula dan makanan berproses berlebihan, pengambilan antibiotik yang berulang-ulang  serta stress, akibatnya spesis-spesis bakteria serta fungi pembawa penyakit menjadi lebih dominan dan mencetuskan penyakit seperti gastrik

Antara spesis bakteria yang paling banyak dikaitkan dengan gastrik adalah Helicobacter pylori. Dalam perubatan moden, H. pylori boleh dieradikasi menggunakan sekurang-kurangnya 2 jenis antibiotik + proton-pump inhibitor (ubat gastrik) untuk 1-2 minggu. Walaubagaimanapun, terapi sebegini boleh menyebabkan kerintangan (resistance) terhadap bakteria tersebut

Terdapat beberapa terapi alternatif yang telah dikaji dan didapati berkesan untuk eradikasi H. pylori ini (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5047973/). Bahagian ini akan dirangkum dalam segmen rawatan.

Puasa menyihatkan microbiome usus

Puasa berkemungkinan besar boleh melindungi bakteria baik usus dan kesan dari ini mereka melindungi kesihatan kita semasa berpuasa, menurut kajian baru-baru ini dari Proceedings of the National Academy of Sciences. Dengan berpuasa didapati mengaktifkan suis metabolik anti-keradangan di dalam usus. Pun begitu kajian ini masih di peringkat ujian terhadap haiwan.

(https://www.fitnessmagazine.com/weight-loss/eating/is-fasting-good-for-your-gut-bacteria/)
(https://www.diabetes.co.uk/news/2017/oct/fasting-exerts-fat-burning-effects-through-changing-the-microbiome,-study-finds-94489935.html)

RAWATAN GASTRIK

1. Intermittent fasting (IF) yang telah diakui berkesan untuk membakar lemak dan menurunkan berat, semestinya membantu pesakit GERD. apabila lemak mengurang, organ perut tidak lagi tertekan/ditolak ke atas. IF perlu dibuat secara berhati-hati dan perlahan-lahan untuk penghidap gastrik. Misalnya kebiasaan anda bersarapan pukul 8.00 pagi, cuba anjakkan ke pukul 9.00 pagi. apabila sudah selesa, anjakkan lagi ke pukul 10 dan seterusnya sehingga dapat 16 jam IF

2. Hentikan pengambilan gula makan 100%. Gula makan (sukrosa) serta high fructose corn syrup dalam makanan-makanan diproses membunuh kuman-kuman microbiome baik dalam usus serta menyuburkan pula kuman-kuman patogenik (pembawa penyakit) seperti H. pylori dan candida.

3. Elakkan pengambilan karbohidrat/kanji yang tinggi terutama semasa sarapan. Jika perlu mengambil sarapan, dicadangkan mengambil sarapan berprotein tanpa karbo, contohnya 2 biji telur rebus/omelet. Boleh diambil bersama yogurt asli dan brokoli. Yogurt mengandungi banyak probiotik yang baik




Kajian dalam jurnal Cancer Prevention Research (sini) mendapati brokoli mengandungi bahan dipanggil sulforaphane yang mempunyai kesan antibakteria terhadap H. pylori.

Makanan-makanan lain yang didapati boleh merencat H.pylori termasuk:

-epal
-celery
-buah-buah 'beries' (blueberries, strawberies, cranberies etc)
-minyak zaitun
-teh herba

(https://www.medicalnewstoday.com/articles/317027.php)

4. Minum segelas air masak, pagi-pagi sebelum apa-apa sarapan dicampur dengan 1 sudu besar apple cide vinegar (ACV) . Hati-hati..ada juga yang semakin sakit perut lepas minum apple cider vinegar. Ini menunjukkan anda ada masalah terlebih asid perut. Kalau ini berlaku, stop dulu ACV.

contoh brand ACV


5. Minum segelas air masak (selepas sarapan) yang dicampur dengan 1/2 sudu teh sodium bicarbonate (baking soda)

contoh jenama baking soda yang disyorkan


6. Mengambil supplement pre dan probiotik

Contoh pre-biotik yang disyorkan

contoh probiotik yang disyorkan
Diharap penjelasan ini mengurangkan sedikit sebanyak kegusaran tentang gastrik, terutama mereka yang membuat IF. Selamat mencuba!

-Dr Hapizi

No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews