Monday, 18 June 2018

Know your "whys" of intermittent fasting

😂

Kata pepatah Inggeris - "when the why is clear, the how is easy". Bila kita faham dan jelas sebab apa kita buat sesuatu, barulah senang utk bagaimana kita buat sesuatu benda tersebut.
Ada yg masih bertanya, bolehkah saya minum teh campur sedikit gula @ bolehkah saya makan kurma semasa IF?
Ini menunjukkan mereka tidak faham "why" /kenapa IF ini....

Baiklah..jom kita tengok the "whys"...

1. IF sebab perlu habiskan simpanan glycogen

Apa itu glycogen?



Glycogen ini adalah glucose dalam bentuk rantai panjang yang disimpan dalam hati (liver) dan otot. Bila kita tak makan, glycogen ini akan digunakan sebagai sumber tenaga (glucose) terutama utk kegunaan otak. Kita blh anggap glycogen ini sebagai 'pemain simpanan' dlm pasukan bolasepak yg boleh digunakan bila-bila masa yg diperlukan.
Simpanan glycogen ini tak boleh bertahan lama sangat...sekitar 12 jam saja & lepas tu habis dan kita terpaksa tambah semula bekalan 😋😋(rujukan: http://care.diabetesjournals.org/content/33/8/1895.long). Apabila melepasi tempoh 12 jam ini dan kita tak makan apa-apa, maka lemak mulai dibakar sebagai tenaga.







Simpanan "bank" lemak



Kita ada satu lagi depot simpanan tenaga iaitu LEMAK. Lemak ini ibarat bank yang boleh menyimpan tenaga tanpa had. Dan ia juga boleh digunakan sebagai sumber tenaga, DENGAN SYARAT:-
Glycogen telah habis digunakan, barulah tubuh kita membenarkan lemak ini dibakar.
Ibarat mudah, glycogen adalah duit kita dalam wallet/purse. Boleh keluar masuk tetapi terhad. Dan bila duit dalam wallet kita nak habis, baru kita cari bank 😅😅




Jadi nampak tak sebab apa perlu IF sekurang-kurangnya 12 jam?
Sebab kita nak habiskan simpanan glycogen dalam liver, barulah berlaku apa yg kita inginkan...FAT BURNING! semakin lama kita extend puasa ini, semakin pesat fat burning yang berlaku! Cth...kalau IF 16 jam...4 jam yang terakhir, pembakaran lemak berlaku dengan sangat pesat!

2. Insulin tinggi menyimpan lemak

Apa itu insulin?


Insulin adalah hormon yg dirembes pankreas, terutama bila kita makan makanan bergula & berkarbohidrat tinggi. (makanan berprotein juga boleh merangsang insulin secara sederhana, w/bagaimanapun, makanan berlemak adalah neutral)

Insulin yg mencanak naik (spikes) selepas kita makan akan menghalang pembakaran lemak & lebih buruk lagi akan membantu penyimpanan lemak!

Semakin rendah paras insulin, semakin pesat pembakaran lemak berlaku

Jadi anda dah faham kenapa sebaik-baiknya tiada sebarang makanan manis/berkarbohidrat malah sebarang kalori dibenarkan semasa IF? Cuma air kosong/teh/kopi tanpa gula dibenarkan! (pssttt milo kosong pun bnyak gula 😏😏)


Ini adalah supaya paras insulin kita semasa IF seboleh-bolehnya 0 atau menghampiri 0! barulah fat burning berlaku dengan optimum!
Apa yang berlaku bila kita makan 3 kali sehari-pembakaran lemak minimum (warna hijau) sebab insulin spike selepas makan menghalang 'fat burning'

Dengan makan 2 kali sehari - tempoh 'fasted state' lebih panjang dan pembakaran lemak lebih optimum
Video ringkas dari Dr Jason Fung di bawah boleh membantu pemahaman:

Kesan buruk dari peningkatan paras insulin dlm jangka panjang (hyperinsulinaemia):-



Sekian dulu..mana yg tak faham lagi boleh bersoal jawab dlm comments..😊😊

Happy fasting to all!!

No comments:

Post a Comment