"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Saturday, 7 July 2018

Gula-Si Manis Pembunuh Senyap



Assalamualaikum & salam sejahtera semua😘

Jom kita cerita tentang gula dalam post ni..



Apa itu GULA?
___________________

Gula (sugar) membawa maksud yg luas. Ada yang secara umum maksudkan karbohidrat dalam nasi, roti, mee, ubi kentang sebagai 'sugar'. Dalam konteks artikel ni, saya maksudkan gula (sugar) ni secara spesifik utk gula yang manis tu (gula tebu, gula manisan, gula perang, high fructose corn syrup dsb).

Menurut istilah saintifik, gula ni dipanggil sucrose. Sucrose adalah disakarida yang terdiri dari gabungan 2 molekul glucose dan fructose

Sucrose = glucose + fructose



Apabila sucrose dimakan, ia dipecah kepada monosakarida glucose dan fructose
Glucose dan fructose dimetabolisme dengan jalan yang berbeza sama sekali. Kita dah banyak dengar bahaya glucose sebelum ni (stimulate insulin release--> insulin resistance--> fat storage dsb).

Ada penyelidik yang kata fructose lebih bahaya dari glucose dari aspek penyebab diabetis atau obesiti..jom kita selidik lebih lanjut kenapa..


Metabolisme fructose
____________________________

Berbanding dengan glucose yg mana selepas diserap ke aliran darah, 80% pergi ke darah (utk ditukar menjadi tenaga) & 20% masuk ke dalam liver, bagi fructose, 100% darinya terus masuk ke dalam liver!





Kesan bahaya fructose ini adalah seperti pengambilan alkohol! Blh tonton video youtube ni




Metabolisme fructose agak kompleks dan berliku-liku..🙄.  .Boleh baca dengan lanjut di link ni:

Saya ringkaskan antara kerosakan yang disebabkan fructose ni:

1. Boleh menaikkan berat badan
-pengambilan gula mnyebabkan kita jadi cepat lapar & overating serta 
jadi rintang terhadap hormon leptin yg bagi kita rasa kenyang. Yang bahaya bila ada pengumpulan lemak dalaman/sekitar organ, dipanggil lemak viseral.

2. Meningkatkan risiko jantung sbb kesan atherosclerosis pada salur darah jantung (pembentukan plak kolesterol)

3. Meningkatkan risiko diabetes sbb fructose menyebabkan kerintangan insulin (insulin resistance)

4. Meningkatkan risiko kanser (rujuk kajian dalam link di bawah)

5. Meningkatkan risiko mendapat kemurungan (depression)

6. Mempercepat proses penuaan (aging) sebab kesan advanced glycation end (AGE) products yg merosakkan kulit

7. Menyebabkan keletihan (energy crash) sebab gula yang naik mendadak, meningkatkan insulin dengan cepat dan gula darah juga kemudiannya turun mendadak

8. Menyebabkan hati berlemak (fatty liver) sebab fructose ditukar ke lemak dalam liver

9. Meningkatkan tekanan darah - fructose ditukar ke uric acid dalam liver yang mana uric acid merencat fungsi nitric oxide - salur darah jadi susah mengembang. Fructose juga menyebabkan sodium retention serta peningkatan aktiviti sistem renin-angiotensin (RAS)


https://openheart.bmj.com/content/openhrt/1/1/e000167.full.pdf


10. Meningkatkan risiko gout - disebabkan penukaran fructose kepada uric acid





11. Risiko dapat jerawat (acne)- sebab peningkatan hormon androgen, penghasilan minyak pada kulit yg banyak serta inflammation yg berlaku lepas makan gula

12. Gula menyebabkan ketagihan, malah lebih teruk dari ketagihan coccaine!




Sumber:

Jelaslah..pelbagai jenis penyakit, dari jerawat hingga obesiti, kencing manis hingga kepada yang serius seperti penyakit jantung dan kanser, berpunca dari GULA.



Gula ibarat trigger (picu) pistol manakala karbohidrat berkanji (starchy carbs) adalah pelurunya! 


Jika kebanyakan penyakit kronik berpunca dari GULA, macam mana nak 'reverse' penyakit? Senang saja bukan? TUTUP paip masuk...dan BUKA paip keluar...!!


Berapa kadar pengambilan gula yang selamat?
____________________________________________________________

American Heart Association (AHA) menyarankan pengambilan maksimum gula 9 sudu teh (36 gram) (lelaki) & 6 sudu teh (25 gram)(wanita) sehari.



(Ada kajian yg menunjukkan rakyat Malaysia mengambil dalam anggaran 24 sudu gula sehari!)..Bayangkan kerosakan yang terhasil, sebab tu Malaysia 'dikenali' sebagai negara paling obes di Asia Tenggara dan yang paling obes di Asia!




Pada saya ini masih terlalu tinggi...anda tahu berapa sudu gula yang diperlukan tubuh kita seharian?

---> Cuma 1 sudu teh gula sehari saja! ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Kalau nak 0 sugar terus pun tak apa..takde masalah...tubuh kita tak perlu pun gula...dia cuma perlu glucose...dan glucose yg diambil dari nasi, roti dsb dah lebih dari cukup.
Kalau tak cukup jugak, tubuh kita boleh convert protein dan lemak kepada glucose..so dont worry

Jadi harap tuan puan yang ber-IF faham sedikit sebanyak penjelasan di atas....kalau tak faham pun, cuma tahu bahawa gula adalah punca 1001 penyakit.!!
Buat IF alone dah cukup bagus..tapi..

Combine IF dengan 0 sugar/low carb diet....baru superb!!

-Ibn Abdullah @ Dr Hapizi

Info lanjut:

1. Dr Aseem Malhotra (UK Cardiologist)-Sugar-Public Enemy No.1:
2. Prof Robert Lustig-Sugar:The bitter truth
3. A/Prof Ken Sikaris-The Clinical Biochemistry of Sugar (pdf)
4. Prof RD Feinman-Fructose in Perspective

Boleh berinteraksi dlm post ni utk sebarang kemusykilan, atau dlm group telegram RDO:

No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews