Artikel ni merupakan sambungan kepada sebab2 utama kenapa kita perlu IF. Baca artikel yang terdahulu di sini:-
Kali ini kita akan memfokus kepada LEMAK. Ramai yg menganggap lemak adalah 'musuh' yang membawa masalah, samada masalah kesihatan atau kecantikan..
Get rid of the fat, by hook or by crook!😡😡
Baca artikel ni sampai habis, persepsi anda tentang lemak akan bertukar 180 degree! 😊😉
1st kena tahu kita ada 2 ruang utk penyimpanan lemak:-
1. Lemak luaran (subcutaneous fat) - duduknya di bawah kulit
2. Lemak dalaman (visceral fat) atau dipanggil juga ectopic fat- duduknya sekitar atau dalam organ seperti liver, pancreas, otot & jantung
Imagine kita ada 2 takung - A & B
Kita telah mengetahui bahawa apabila karbo yg kita ambil terlebih, ianya akan ditukar dan disimpan sebagai lemak.
Di bahagian manakah lemak ini mula2 disimpan?
Jawabnya pada bahagian luar/bawah kulit (Takung A). Lemak subcutaneous ini adalah sebenarnya 'kawan' kita yang seboleh-bolehnya membantu 'mengekang' lemak supaya tidak melimpah (overflow) ke ectopic fat (Takung B).
Oleh kerana kita meneruskan tabiat pemakanan karbo/gula tinggi dan makan dengan kerap 5-6 x sehari semalam, maka lemak luaran dalam Takung A ini sudah full house & tak berdaya lagi menyimpan sebarang lemak, terpaksa di-"eksport" ke ruang seterusnya...Takung B
Organ-organ seperti liver, pankreas, otot dan jantung adalah begitu sensitif bila lemak ini terkumpul di dalam organ. Fungsi organ menjadi terjejas (contohnya pankreas tidak boleh lagi merembes insulin dgn berkesan). Juga berlaku proses keradangan (inflammation) di dalam organ kerana lemak-lemak ini tidak dialu-alukan dan dianggap sebagai "warga asing"
Boleh rujuk artikel ini utk penerangan lanjut:
Bagaimana IF membantu?
Bila IF dibuat dengan konsisten utk beberapa lama, yang mula hilang adalah ectopic fat ini..(ruj :https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28091348). Organ-organ ini kembali clear dari pengumpulan lemak
Menurut kajian dari Prof Roy Taylor (Newcastle University, UK), cuma perlu hilangkan 1 gm lemak dari pankreas utk reverse masalah type 2 diabetes (yupp, 1 gm sahaja)
Dengan meneruskan IF beserta diet rendah karbohidrat, lemak2 dalaman dalam organ-organ ini beransur-ansur hilang, fungsi organ kembali normal, sensitiviti insulin dalam liver, otot kembali normal...akhirnya lemak di dalam subcutaneous (Takung A) juga akan hilang perlahan-lahan.
Jadi janganlah risau sangat lemak yang menggelebeh di luar tu lambat sikt hilang...ia adalah kawan rapat anda yang setia..
Bantu dia supaya meringankan sikit kerjanya...(jangan terlebih makanlah) 😄😄
Artikel berkaitan utk pembacaan tambahan dari blog Dr Jason Fung:
1. A New Paradigm of insulin resistance:
2.Fatty pancreas
https://idmprogram.com/fatty-pancreas-t2d34/
Watch Dr Ted Naiman's talk on fat & insulin resistance:
Watch Dr Ted Naiman's talk on fat & insulin resistance:
Selamat meneruskan IF!
No comments:
Post a Comment