Oleh : Dr Hapizi & Pn Muhaini
1.Bolehkah
pesakit diabetes berpuasa Ramadan,
sedangkan mereka bergantung kepada insulin atau ubat-ubatan?
Jawapan:
Secara umumnya, pesakit yang
mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal, serta tidak
memerlukan insulin, adalah dibenarkan berpuasa .
Manakala pesakit yang tidak
terkawal paras gula dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin
seperti yang disarankan doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
berdepan dengan komplikasi seperti hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
jika berpuasa.
Antara pesakit diabetes yang tidak
digalakkan berpuasa termasuk :
- Pesakit
diabetes yang tidak stabil. Dikhuatiri mengakibatkan komplikasi seperti
dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma
- Mengalami
komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan
darah tinggi yang tidak terkawal
- Kerap
mengalami komplikasi diabetic ketoacidosis (DKA). Ini lebih cenderung bagi
penghidap jenis 1 dan pesakit yang menggunakan insulin
- Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah)
- Sedang mengalami apa-apa jangkitan kuman.
- Warga tua dan tinggal bersendirian
- Wanita
hamil yang memerlukan suntikan insulin
- Berusia di
bawah 12 tahun
Bagi pesakit-pesakit dalam kategori yang disebutkan di atas,
para doktor perubatan serta ulama Islam bersepakat bahawa ianya adalah satu
keuzuran dan diharuskan untuk meninggalkan puasa jika memberi kesan yang tidak
baik terhadap tubuh badan.
Walau bagaimanapun, bagi yang tetap ingin berpuasa, mereka
perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Panduan yang diberikan di sini adalah sebagai informasi asas
yang membantu pesakit-pesakit diabetes dalam komuniti RDO.
Ianya bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan
doktor.