"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Sunday, 5 May 2019

FAQ Puasa Ramadhan untuk Type 2 diabetics (RDO)


Oleh : Dr Hapizi & Pn Muhaini

 1.Bolehkah pesakit diabetes berpuasa  Ramadan, sedangkan mereka bergantung kepada insulin atau ubat-ubatan?

Jawapan:

Secara umumnya, pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal, serta tidak memerlukan insulin, adalah dibenarkan berpuasa .

Manakala pesakit yang tidak terkawal paras gula dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin seperti yang disarankan doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berdepan dengan komplikasi seperti hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi jika berpuasa.

Antara pesakit diabetes yang tidak digalakkan berpuasa termasuk :
  •        Pesakit diabetes yang tidak stabil. Dikhuatiri mengakibatkan komplikasi seperti dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma
  •        Mengalami komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
  •       Kerap mengalami komplikasi diabetic ketoacidosis (DKA). Ini lebih cenderung bagi penghidap jenis 1 dan pesakit yang menggunakan insulin
  •       Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah)
  •       Sedang mengalami apa-apa jangkitan kuman.     
  •        Warga tua dan tinggal bersendirian  
  •       Wanita hamil yang memerlukan suntikan insulin
  •       Berusia di bawah 12 tahun

Bagi pesakit-pesakit dalam kategori yang disebutkan di atas, para doktor perubatan serta ulama Islam bersepakat bahawa ianya adalah satu keuzuran dan diharuskan untuk meninggalkan puasa jika memberi kesan yang tidak baik terhadap tubuh badan.

Walau bagaimanapun, bagi yang tetap ingin berpuasa, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Panduan yang diberikan di sini adalah sebagai informasi asas yang membantu pesakit-pesakit diabetes dalam komuniti RDO.
Ianya bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan doktor.



           2. Apa tanda-tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi?

Jawapan :

   Hipoglisemia (kurang gula darah)
Tanda-tanda:
-Menggigil
-Terlalu lemah
-Amat lapar
-Berpeluh
-Pucat
-Berdebar-debar
-Gelisah
-Koma (tidak sedarkan diri)

Hiperglisemia (gula tinggi dalam darah)
Tanda-tanda:
-Kerap buang air kecil
-Terlalu dahaga
-Sangat letih

Dehidrasi (kurang air dalam badan)
Tanda-tanda :
-Kulit dan lidah yang terlalu kering
-Fikiran terganggu

3. Berapa bacaan gula normal semasa berpuasa ?

Jawapan :

-Sebelum makan : 4-6 mmol/L
-Selepas makan : 4-8 mmol/L

Nota penting : keadaan-keadaan berikut, mesti berbuka puasa dengan kadar segera

-Paras gula yang kurang dari 3.9 pada bila-bila masa (hipoglisemia)

-Gula yang tinggi (hiperglisemia) > 16.7 mmol/L

-Apabila mempunyai simptom hipoglisemia atau jangkitan kuman akut

 4. Apa yang perlu dibuat bila hipo?

Jawapan:

Boleh ambil salah satu makanan-makanan seperti berikut:-
-1 biji kurma sederhana
-1/2 biji pisang
-1 biji epal
-1 biji oren
-1 sudu besar madu

5.  Berapa kali kena check gula semasa berpuasa?

Jawapan:

Terutama bagi yang on insulin injection, waktu-waktu berikut disarankan (4 kali sehari) :

-Sebelum bersahur
-2 hingga 4 jam selepas bersahur
-Sebelum berbuka puasa
2 hingga 4 jam selepas berbuka puasa

Bagi yang sudah stabil , risiko rendah/sederhana dan tidak on insulin, boleh check gula 1-2 kali sahaja (pagi, selepas berbuka contohnya)

6. Saya on insulin. Bagaimana cara untuk adjust dose?

Jawapan:

Ini bergantung kepada jenis insulin

·         Long atau intermediate- acting basal insulin
o   OD dose (cucuk 1x sehari) – NPH/determir/glargine/degludec. Ambil semasa berbuka, kurangkan 15-30% dari dose asal
o   BD dose (cucuk 2x sehari) – NPH/determir/glargine. Ambil dose biasa semasa berbuka, kurangkan dose 50% semasa sahur
·         Rapid atau short-acting insulin
o   Ambil dose biasa semasa berbuka. Tak perlu cucuk semasa lunch. Kurangkan dose sahur 25-50%
·         Premixed insulin
o   OD – ambil dose biasa semasa berbuka
o   BD – ambil dose biasa semasa berbuka. Kurangkan dose sahur sebanyak 25-50%
o   TDS – tinggalkan dose tengahari. Adjust dose semasa berbuka dan sahur (menurut diet yang diambil)


Adjust dose insulin setiap 3 hari sekali menurut jadual berikut:


 7. Saya makan ubat diabetes. Bagaimana cara untuk makan ubat?

Jawapan:

Ubat makan diabetes (oral hypoglycaemic agents) ada beberapa jenis:

          Metformin
-          Dos sekali sehari (OD) – ambil semasa berbuka
-          Dose 2x sehari (BD) – ambil semasa berbuka dan sahur
-          Dose 3x sehari (TDS) – dose pagi – ambil masa sahur. Combine dose tengahari dan petang – ambil semasa berbuka

 Sulphonylureas

 – kena tukar ke jenis SU yang lebih baru (gliclazide, glimepiride). Glibenclamide boleh menyebabkan hypo
-          OD dose- ambil semasa berbuka. Dose mungkin boleh dikurangkan jika gula terkawal
-          BD dose – dose berbuka kekal seperti biasa. Dose sahur boleh dikurangkan jika gula terkawal

Short acting insulin secretagogues – dose 3x sehari dikurangkan ke 2x sehari –semasa berbuka dan sahur

  DPP4-inhibitors – tiada perubahan dose

SGLT-2 inhibitors – tiada perubahan dose. Ambil ubat semasa berbuka

8. Bagaimana dengan ubat darah tinggi dan ubat kolesterol?

Jawapan : Ubat darah tinggi boleh diambil selepas berbuka atau semasa sahur. Ubat kolesterol boleh diambil sebelum tidur


 9. Bolehkah mengamalkan diet keto semasa Ramadhan ?

Jawapan:

Boleh. Ramai yang telah mengamalkan diet keto serta IF sebelum Ramadan, jadi teruskan dengan cara pemakanan tersebut. Bagi yang baru hendak bermula, perlu pengubahsuaian dose ubat. Rujuk FAQ no 6 dan 7

10. Apa nak makan untuk berbuka (lulus keto)?

Jawapan :

Dinasihatkan berbuka dengan air kosong atau teh/kopi dicampur stevia dan sedikit makanan yang lulus keto yang ringan-ringan, contohnya :

-Keto Tosai
-Roti Nan Keto
-Cauliflower Pizza
-Keto Pancakes
-Keto Empanadas
-Keto cucur udang

(Resipi cara membuatnya boleh dilihat dalam FB RDO)

Kemudian, tunaikan solat maghrib

Selepas solat maghrib, baru berbuka dengan hidangan keto yang agak berat, ikut formula suku-suku separuh RDO:

-Nasi lemak cauliflower
-Nasi ulam cauliflower
-Nasi impit cauliflower
-Keto eggs noodles
-Konjac mee

Yang dimakan dengan sumber protein dan lemak yang sihat, seperti:

-Rendang ayam/daging
-Ikan masak singgang/kari/goreng/stim dsb
-Telur dadar/omellete/kari dsb

Pastikan minum air yang banyak pada waktu malam (selepas berbuka hingga sahur). Terbaik minum campuran Garam Himalaya (1 sudu teh dalam 1 liter air). Untuk khasiat yang lebih, boleh campur perahan lemon/limau nipis atau 1 sudu besar Apple Cider Vinegar.






Rujukan:

IDF-DAR Diabetes and Ramadan : Practical Guidelines. April 2016






No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews