Oleh : Dr Hapizi & Pn Muhaini
1.Bolehkah
pesakit diabetes berpuasa Ramadan,
sedangkan mereka bergantung kepada insulin atau ubat-ubatan?
Jawapan:
Secara umumnya, pesakit yang
mempunyai berat badan berlebihan dan diabetesnya terkawal, serta tidak
memerlukan insulin, adalah dibenarkan berpuasa .
Manakala pesakit yang tidak
terkawal paras gula dan tidak mengambil ubat-ubatan atau suntikan insulin
seperti yang disarankan doktor mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
berdepan dengan komplikasi seperti hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi
jika berpuasa.
Antara pesakit diabetes yang tidak
digalakkan berpuasa termasuk :
- Pesakit
diabetes yang tidak stabil. Dikhuatiri mengakibatkan komplikasi seperti
dehidrasi (kekurangan air), jangkitan kuman dan koma
- Mengalami
komplikasi diabetes yang serius seperti penyakit jantung koronari dan tekanan
darah tinggi yang tidak terkawal
- Kerap
mengalami komplikasi diabetic ketoacidosis (DKA). Ini lebih cenderung bagi
penghidap jenis 1 dan pesakit yang menggunakan insulin
- Kerap mengalami komplikasi hipoglisemia (kekurangan gula dalam darah)
- Sedang mengalami apa-apa jangkitan kuman.
- Warga tua dan tinggal bersendirian
- Wanita
hamil yang memerlukan suntikan insulin
- Berusia di
bawah 12 tahun
Bagi pesakit-pesakit dalam kategori yang disebutkan di atas,
para doktor perubatan serta ulama Islam bersepakat bahawa ianya adalah satu
keuzuran dan diharuskan untuk meninggalkan puasa jika memberi kesan yang tidak
baik terhadap tubuh badan.
Walau bagaimanapun, bagi yang tetap ingin berpuasa, mereka
perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Panduan yang diberikan di sini adalah sebagai informasi asas
yang membantu pesakit-pesakit diabetes dalam komuniti RDO.
Ianya bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan
doktor.
2. Apa tanda-tanda hipoglisemia, hiperglisemia dan dehidrasi?
Jawapan :
Hipoglisemia
(kurang gula darah)
Tanda-tanda:
-Menggigil
-Terlalu lemah
-Amat lapar
-Berpeluh
-Pucat
-Berdebar-debar
-Gelisah
-Koma (tidak sedarkan diri)
Hiperglisemia
(gula tinggi dalam darah)
Tanda-tanda:
-Kerap buang air kecil
-Terlalu dahaga
-Sangat letih
Dehidrasi
(kurang air dalam badan)
Tanda-tanda :
-Kulit dan lidah yang terlalu kering
-Fikiran terganggu
3. Berapa
bacaan gula normal semasa berpuasa ?
Jawapan :
-Sebelum makan : 4-6 mmol/L
-Selepas makan : 4-8 mmol/L
Nota penting :
keadaan-keadaan berikut, mesti berbuka puasa dengan kadar segera
-Paras gula yang kurang dari
3.9 pada bila-bila masa (hipoglisemia)
-Gula yang tinggi
(hiperglisemia) > 16.7 mmol/L
-Apabila mempunyai simptom
hipoglisemia atau jangkitan kuman akut
Jawapan:
Boleh ambil salah satu
makanan-makanan seperti berikut:-
-1 biji kurma sederhana
-1/2 biji pisang
-1 biji epal
-1 biji oren
-1 sudu besar madu
5. Berapa kali kena check gula
semasa berpuasa?
Jawapan:
Terutama bagi yang on
insulin injection, waktu-waktu berikut disarankan (4 kali sehari) :
-Sebelum bersahur
-2 hingga 4 jam selepas
bersahur
-Sebelum berbuka puasa
2 hingga 4 jam selepas berbuka
puasa
Bagi yang sudah stabil ,
risiko rendah/sederhana dan tidak on insulin, boleh check gula 1-2 kali sahaja
(pagi, selepas berbuka contohnya)
6. Saya on insulin. Bagaimana
cara untuk adjust dose?
Jawapan:
Ini bergantung kepada jenis
insulin
·
Long atau intermediate- acting basal insulin
o OD dose (cucuk 1x sehari) –
NPH/determir/glargine/degludec. Ambil semasa berbuka, kurangkan 15-30% dari
dose asal
o BD dose (cucuk 2x sehari) –
NPH/determir/glargine. Ambil dose biasa semasa berbuka, kurangkan dose 50%
semasa sahur
·
Rapid atau short-acting insulin
o Ambil dose biasa semasa
berbuka. Tak perlu cucuk semasa lunch. Kurangkan dose sahur 25-50%
·
Premixed insulin
o OD – ambil dose biasa semasa
berbuka
o BD – ambil dose biasa semasa berbuka. Kurangkan dose sahur sebanyak 25-50%
o TDS – tinggalkan dose
tengahari. Adjust dose semasa berbuka dan sahur (menurut diet yang diambil)
Adjust dose insulin setiap 3
hari sekali menurut jadual berikut:
Jawapan:
Ubat makan diabetes (oral
hypoglycaemic agents) ada beberapa jenis:
Metformin
-
Dos sekali sehari (OD) – ambil semasa berbuka
-
Dose 2x sehari (BD) – ambil semasa berbuka dan sahur
-
Dose 3x sehari (TDS) – dose pagi – ambil masa sahur. Combine dose
tengahari dan petang – ambil semasa berbuka
Sulphonylureas
– kena tukar
ke jenis SU yang lebih baru (gliclazide, glimepiride). Glibenclamide boleh
menyebabkan hypo
-
OD dose- ambil semasa berbuka. Dose mungkin boleh dikurangkan jika gula
terkawal
-
BD dose – dose berbuka kekal seperti biasa. Dose sahur boleh
dikurangkan jika gula terkawal
Short acting insulin secretagogues – dose 3x sehari dikurangkan ke 2x
sehari –semasa berbuka dan sahur
DPP4-inhibitors – tiada perubahan dose
SGLT-2 inhibitors – tiada
perubahan dose. Ambil ubat semasa berbuka
8. Bagaimana dengan ubat darah
tinggi dan ubat kolesterol?
Jawapan : Ubat darah tinggi
boleh diambil selepas berbuka atau semasa sahur. Ubat kolesterol boleh diambil
sebelum tidur
Jawapan:
Boleh. Ramai yang telah mengamalkan diet keto serta IF sebelum Ramadan,
jadi teruskan dengan cara pemakanan tersebut. Bagi yang baru hendak bermula,
perlu pengubahsuaian dose ubat. Rujuk FAQ no 6 dan 7
10. Apa nak makan untuk berbuka
(lulus keto)?
Jawapan :
Dinasihatkan berbuka dengan
air kosong atau teh/kopi dicampur stevia dan sedikit makanan yang lulus keto
yang ringan-ringan, contohnya :
-Keto Tosai
-Roti Nan Keto
-Cauliflower Pizza
-Keto Pancakes
-Keto Empanadas
-Keto cucur udang
(Resipi cara membuatnya
boleh dilihat dalam FB RDO)
Kemudian, tunaikan solat
maghrib
Selepas solat maghrib, baru
berbuka dengan hidangan keto yang agak berat, ikut formula suku-suku separuh
RDO:
-Nasi lemak cauliflower
-Nasi ulam cauliflower
-Nasi impit cauliflower
-Keto eggs noodles
-Konjac mee
Yang dimakan dengan sumber
protein dan lemak yang sihat, seperti:
-Rendang ayam/daging
-Ikan masak
singgang/kari/goreng/stim dsb
-Telur dadar/omellete/kari
dsb
Pastikan minum air yang
banyak pada waktu malam (selepas berbuka hingga sahur). Terbaik minum campuran
Garam Himalaya (1 sudu teh dalam 1 liter air). Untuk khasiat yang lebih, boleh
campur perahan lemon/limau nipis atau 1 sudu besar Apple Cider Vinegar.
Rujukan:
No comments:
Post a Comment