Anda dah berdiet keto, selepas beberapa lama, berat statik atau dipanggil 'plateau'?
Jom tengok punca dan cara mengatasi masalah ini
Pertamanya kena bezakan 'weight loss' vs 'fat loss'
Weight loss adalah kehilangan berat keseluruhan tubuh - ini termasuk berat dari cecair badan, lemak serta berat otot (lean body mass). Manakala fat loss adalah cuma hilang berat dari lemak sahaja. Tentunya kita cuma menginginkan fat loss, bukan? Tanpa kehilangan lean body mass
Adalah penting untuk difahami bahawa bila kita hilang berat lemak, kita tak semestinya turun berat badan secara keseluruhannya. Otot adalah lebih berat dan tumpat dari lemak. Apabila lemak hilang, ruang yang sebelum itu dipenuhi lemak, kini diambil alih oleh otot. Tambahan pula bila seseorang membuat senaman, otot semakin membesar.
Ini bererti berat badan anda mungkin tak berubah, tapi ada perubahan kepada komposisi tubuh yang semakin baik.
Dalam RDO, fokus kita adalah kepada perubahan komposisi tubuh, maksudnya fokus adalah kepada fat loss, bukan weight loss. Ini kerana, apabila mengamalkan Protokol RDO (IF + diet keto), secara asasnya, kita menggunakan lemak yang tersimpan sebagai sumber utama tenaga. Jadi lama kelamaan, yang hilang adalah lemak (bukan berat keseluruhan).