1. Apa maksud RDO?
RDO bermaksud Reverse Diabetes/Obesiti - satu program intervensi untuk pesakit diabetis/obesiti mencapai kesihatan unggul melalui kaedah intermittent fasting (IF) beserta diet keto (rendah karbohidrat, lemak sihat, sederhana protein).
2. Apa itu IF?
IF merupakan kaedah “berpuasa” iaitu tidak makan secara berkala untuk beberapa jam dalam satu hari.
3. Apa maksud wet fast dan dry fast?
Wet fast – tidak makan tapi boleh minum air (tanpa gula)
Dry fast – tidak makan dan minum (seperti puasa Ramadan atau puasa sunat).
4. Boleh ambil stevia semasa IF?
Boleh (pastikan stevia tiada campuran pemanis lain ya..seperti saccharine atau aspartame). Boleh juga mengambil lakanto (monk fruit)
5. Boleh minum teh atau kopi semasa IF?
Boleh..(tanpa gula atau campur stevia)