"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Sunday 29 September 2019

Gout!! - Bolehkah IF/Keto Membantu?

Oleh: Dr Hapizi

Menjawab pertanyaan soalan artikel  ini - jawapan mudahnya Ya! tentu sekali!

Jom kita lihat kenapa..dan anda mungkin terkejut dengan fakta-fakta yang diutarakan dalam artikel ini mungkin pertama kali anda dengar!

Apa itu penyakit gout?

Sendi yang biasa diserang gout - sekitar ibu jari kaki

Gout adalah sejenis penyakit keradangan sendi yang berlaku disebabkan paras asid urik yang tinggi di dalam darah. Asid urik membentuk kristal seperti jarum tajam di dalam sendi dan menyebabkan simptom seperti sakit yang tiba-tiba, bengkak, panas dan kemerahan.

Bentuk kristal asid urik yang berkumpul di dalam sendi




Peringkat-peringkat gout (ref: 1)

1. Asymptomatic hyperuricaemia - asid urik mulai tinggi dalam darah tapi belum ada apa-apa simptom.

2. Acute gout - simptom sakit sendi tiba-tiba, disertai dengan bengkak dan kemerahan. Biasanya menyerang waktu malam dan semakin sakit hingga 8-12 jam.

3. Interval gout - tempoh senyap di antara serangan gout. Walaupun tak sakit, tetapi penyakit gout itu tidak hilang dan boleh menyerang semula tiba-tiba. Ini adalah tempoh untuk mengubah gaya hidup lama dan bertukar ke yang baru...sila baca artikel ini hingga habis ☺☺

4. Chronic gout - ini berlaku terhadap mereka yang mempunyai paras asid urik tinggi untuk beberapa tahun. Serangan gout menjadi lebih kerap dan kerosakan dan kehilangan mobiliti sendi mungkin telah berlaku. Dengan perubahan gaya hidup serta rawatan dengan ubat-ubatan (jika perlu), tahap ini boleh dicegah dari berlaku.

Gout dari sudut perubatan konvensional 

Asid urik berpunca dari pemecahan (breakdown) purines yang boleh didapati dari semua sel/tisu manusia dan dari makanan-makanan tertentu. Asasnya mudah, untuk mengurangkan paras asid urik, kurangkan makanan-makanan yang tinggi purine terutama dari protein haiwan. Lihat jadual di bawah (ref: 2)


Makanan-makanan tinggi purines
Bagaimanapun, walaupun makanan tinggi purines ini meningkatkan asid urik di dalam darah, kadar perkumuhan melalui urin juga meningkat. Hasil akhir, tiada peningkatan asid urik di dalam darah! (ref: 7)

Jangan lupa fructose sebagai penyebab gout!



Dalam laporan journal BMJ di atas, kajian meta-analisis terhadap lebih 125,000 orang selama 17 tahun mendapati kaitan antara pengambilan fructose dan gout (ref:3)

Mekanisme fructose menyebabkan peningkatan asid urik:


Ref:4

Antara sumber utama fructose:




Gout: 90% adalah disebabkan masalah penyingkiran asid urik

Di dalam artikel ini (ref:5), diterangkan bagaimana gout perlu dilihat melalui perspektif yang baru.

90% penyebab gout adalah masalah under-excretion iaitu sukar disingkirkan keluar terutamanya melalui buah pinggang. Cuma 10% adalah disebabkan over-production terutama dari diet tinggi purines




Insulin-'gajah di dalam bilik'



Paras insulin yang tinggi (hyperinsulinaemia) menyebabkan asid urik sukar disingkirkan melalui buah pinggang (ref:6,8). Akibatnya ia meningkat di dalam darah.

Ref: 8



Peningkatan sementara asid urik bagi yang menjalani diet keto

Menurut kajian penyelidik Virta Health, terdapat kenaikan sementara asid urik dan risiko serangan gout bagi yang menjalani diet keto. Ini adalah kesan sementara, disebabkan bahan ketones bersaing dengan asid urik untuk disingkirkan melalui buah pinggang. Semakin banyak ketones terhasil, semakin kurang asid urik boleh dikeluarkan. Walaubagaimanapun, fenomena ini adalah sementara, dan selepas seseorang melewati proses keto-adaptasi, risiko gout menurun (ref: 7)



Penutup/Kesimpulan

1. Untuk merawat masalah gout dari puncanya, perlulah dirawat masalah insulin resistance seseorang dahulu kerana keduanya berkait rapat
2. IF dan diet keto menurunkan paras insulin darah dan ini berpotensi besar dapat merawat punca utama gout (under-excretion)
3. Bagi yang telah mempunyai gout dan ingin menjalani IF/diet keto, perlu berhati-hati terutama di peringkat awal (2 minggu pertama) kerana risiko peningkatan asid urik dan serangan gout. Perlu minum air dengan banyak untuk membantu flush asid urik dari sistem perkumuhan
4. Oleh kerana kaitan besar fructose dan gout, pesakit gout perlu diet dengan 0 gula
5. Protein perlu diambil secara sederhana dan tak perlu fobia terhadap protein haiwan


Rujukan


1. https://www.arthritis.org/about-arthritis/types/gout/what-is-gout.php
2. http://www.myhealth.gov.my/en/diet-management-for-gout/
3. https://bmjopen.bmj.com/content/bmjopen/6/10/e013191.full.pdf
4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21068145
5. https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2090123217300450
6. https://dmsjournal.biomedcentral.com/articles/10.1186/1758-5996-4-12
7. https://blog.virtahealth.com/ketogenic-diet-gout/
8. https://www.the-rheumatologist.org/article/gout-glucose-metabolism-and-obesity-a-case-review/?singlepage=1


GroupTelegram RDO Community: https://t.me/joinchat/A87TgE1HtbCXUHAoSW6jTg

No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews