Oleh: Dr Hapizi
Saya terbaca status facebook seorang rakan doktor yang antara lain 'condemn' khalayak yang mengamalkan intermittent fasting (IF) atau diet keto sebagai antara lainnya:
-Menyiksa diri
-Membazir duit
-Merbahaya ('crash diet')
-Selfish dll
Saya bukanlah hendak mempertikaikan ilmu dan pengalaman beliau sebagai seorang rakan doktor, tetapi di sini saya ingin mengutarakan beberapa fakta yang selalu menjadi salah faham terutama dikalangan doktor/dietician tentang IF/Keto Diet.
1. IF/Keto menyiksa diri kerana skip makan?
Tidak benar! Masyarakat Malaysia kita secara tradisinya memang dikenali 'suka makan' dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap. Tambahan pula dengan dengan diet tinggi karbohidrat-nasi lemak, nasi dagang, nasi berlauk, roti canai, roti telur, roti sardin, laksa, pelbagai jenis mee, spagheti, pasta dan macam-macam lagi. Sudahlah tinggi karbohidrat, makan dengan kerap pula 5-6 kali sehari.
Apakah akibatnya?
Akibatnya adalah paras glukosa yang spike sepanjang masa, paras insulin yang
spike sepanjang masa. Ini adalah prasyarat utama yang mengundang masalah obesiti serta
type 2 diabetes.
Masalah obesiti (dan type 2 DM) yang disebabkan peningkatan hormon insulin ini telah diketahui seawal tahun 1960-an lagi melalui kajian antaranya oleh Prof George Cahill. Rujuk antara beberapa research articles beliau disini (
1,
2):-
Teori obesiti disebabkan insulin ini (dipanggil
Carbohydrate Insulin Model, CIM) ini juga baru-baru ini disokong oleh Prof David S Ludwig dalam artikel journal berprestij JAMA. Rujuk di
sini.