"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Wednesday, 23 October 2019

IF Serta Diet Keto untuk Masalah Tekanan Darah Tinggi

Oleh: Dr Hapizi




Di dalam Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, didapati 1 daripada 3 orang rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas menghidap hipertensi (tekanan darah tinggi). Ini melibatkan seramai 6.1 juta penduduk (1)

Jom kita tengok definisi tekanan darah tinggi (1)


Komplikasi Darah Tinggi Yang Tak Terkawal:-





Algoritma rawatan darah tinggi di Malaysia (1)


Weight Reduction 

"Dietary interventions to lower body weight are often recommended for overweight people with mild hypertension. In people with hypertension, weight reducing diet has been shown to reduce blood pressure and body weight. 4kg reduction in body weight would achieve a BP reduction of 4.5/3.2 mmHg. There is evidence that showed a reduction of 1kg in weight relates to 1 mmHg reduction in SBP" (1)

Jelaslah..langkah menurunkan berat badan akan menyumbang kepada penurunan tekanan darah 

Di dalam Komuniti RDO, didapati ramai pesakit darah tinggi berjaya menurunkan tekanan darah hingga normal dan boleh berhenti mengambil ubat (atas nasihat doktor masing-masing), setelah mengamalkan IF dan diet keto

Jom kita lihat mekanismenya..

1. Paras insulin tinggi meningkatkan tekanan darah

 ..."Insulin can increase blood pressure via several mechanisms: increased renal sodium reabsorption, activation of the sympathetic nervous system, alteration of transmembrane ion transport, and hypertrophy of resistance vessels"..(2)

Insulin yang tinggi akan meningkatkan penyerapan sodium (Na) dari buah pinggang. Paras sodium tinggi akan menyebabkan penyimpanan air (water retention) dan meningkatkan tekanan darah (3)

Dengan melakukan IF beserta dengan diet keto, paras insulin akan menurun - sodium tidak lagi banyak diserap dan akan dikumuhkan keluar melalui air kencing. Ini akan menurunkan tekanan darah tinggi.


.." After a period of fasting, insulin sensitivity rises and insulin levels fall"..(3)

Inilah yang dikaitkan dengan fenomena 'keto flu' semasa seseorang baru memulakan IF/keto. Paras insulin merudum, banyak sodium disingkirkan melalui air kencing menyebabkan tekanan darah menurun, pening, nak pitam dan sebagainya. Jadi sodium yang hilang perlu diganti dengan sedikit garam Himalaya semasa tempoh 'keto flu'.

2. Gula fruktosa meningkatkan tekanan darah 

"Bukan garam tetapi gula sebagai penyebab darah tinggi" (4)

Mekanisme fruktosa menyebabkan tekanan darah tinggi (4):

Mekanisme bagaimana fruktosa menyebabkan tekanan darah tinggi (4)



Saya pernah menulis satu topik tentang bahaya gula. Boleh rujuk di sini.

Hipertensi biasanya tidak wujud bersendirian, tetapi merupakan sebahagian dari masalah sindrom metabolik. Dianggarkan kira-kira 1/3 dari pesakit hipertensi mempunyai masalah sindrom metabolik (5)



Jadi rawatan yang mensasarkan punca  sindrom metabolik iaitu kerintangan insulin merupakan cara untuk reverse dari masalah hipertensi ini. Ubat-ubatan cuma berfungsi menurunkan tekanan darah, bukan merawat dari punca sebenarnya. Dengan kata lain, jika tidak merawat punca masalah, anda akan bergantung kepada ubat selama-lamanya.

Kita telah mengetahui IF beserta diet keto merupakan cara terbaik dan efektif bukan saja merawat, malah reverse masalah kerintangan insulin ini.


3. Kepentingan Magnesium 

Umum mengetahui bahawa ada kaitan masalah kerintangan insulin/diabetes jenis 2 dan kekurangan magnesium (6). Magnesium adalah kofaktor kepada lebih dari 600 enzim di dalam tubuh, sintesis RNA dan DNA, fungsi antioksidan serta metabolisme tenaga (7). Ada kajian yang menunjukkan dengan meningkatkan pengambilan magnesium dari diet seperti bijirin tanpa diproses, kekacang serta sayuran hijau dapat mengurangkan risiko diabetes jenis 2 (8)



Magnesium: Ubat darah tinggi semulajadi 

..."One of the mechanisms by which magnesium lowers BP is by acting like a natural calcium channel blocker.." (8)

Antara fungsi penting magnesium juga adalah sebagai vasodilator iaitu membuka saluran darah, jadi tekanan darah akan menurun. Fungsi ini sama dengan ubat-ubatan dalam senarai di bawah:


Ubat hipertensi kategori 'calcium channel blockers'

Oleh kerana penyerapan magnesium melalui usus adalah kurang baik, jika perlu mengambil supplement, biasanya RDO mencadangkan magnesium oil transdermal (disapu pada kulit). Ianya akan meresap melalui kulit dan terus masuk ke dalam aliran darah. 



Contoh jenama magnesium oil
Kisah benar

Mr K, 53 tahun

"Saya berumur 53 skg dan mengambil ubat utk darah tinggi sejak 7 tahun lepas. Walaupun mengambil ubat setiap hari bacaan tekanan darah masih melebihi 130/85. Boleh dikatakan setiap 3 bulan ada temujanji dgn Klinik Kesihatan.

Mulai Ogos 2018 saya telah mengubah cara permakanan. Pertama saya quit sugar 100% dgn kata lain tiada lagi teh tarik, nescafe o manis dan kuih muih yg manis. Setiap pagi kopi O kosong atau teh O kosong. Bulan pertama mmg rasa janggal dan letih. Tetapi skg baru dapat enjoy dan menghayati rasa original teh dan kopi tanpa gula.

Sejak bulan December 2018 saya makan ubat darah tinggi setiap 3 hari sekali (tanpa pengetahuan doktor). Dan tekanan darah telah kembali normal. Sejak itu juga doktor telah set temujanji setiap 5 bulan dan tidak spt sebelum ini setiap 3 bulan. Setiap pagi saya monitor tekanan darah dgn membeli sendiri mesin utk cek tekanan darah. Alhamdulillah masih normal."





Kesimpulan

1. Penyakit hipertensi atau darah tinggi ini, seperti juga diabetes jenis 2 adalah reversible (boleh pulih)

2. Pemulihan masalah hipertensi ini adalah dengan mensasarkan puncanya iaitu kerintangan insulin

3. Protokol RDO iaitu IF serta diet keto merendahkan paras insulin yang seterusnya merendahkan tekanan darah melalui peningkatan perkumuhan sodium melalui air kencing

4. Dengan berhenti mengambil sebarang gula (punca utama fruktosa), tekanan darah akan perlahan-lahan turun. Fokus utama adalah pada gula, bukan garam untuk mengawal tekanan darah tinggi

P/S: 

1. Jangan sesekali berhenti mengambil ubat darah tinggi tanpa pengetahuan doktor. Jika selepas beberapa lama melakukan IF/diet keto dan tekanan darah anda sudah mencapai sekitar 100-110/60-70 (on satu ubat) berbincanglah dengan doktor anda, jika ubat boleh cuba dihentikan dan anda mempunyai alat mengukur tekanan darah di rumah.

2. Melalui pengalaman kami, tekanan darah agak lambat sedikit turun berbanding dengan gula darah. Perlu sedikit masa, sekurang-kurangnya 2-3 bulan untuk melihat hasilnya, selepas IF/keto secara istiqamah.



Rujukan

1. http://www.acadmed.org.my/view_file.cfm?fileid=894
2. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/7512468
3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6521152/
4. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4336865/pdf/openhrt-2014-000167.pdf
5. https://nutritionj.biomedcentral.com/articles/10.1186/1475-2891-7-10
6. https://www.researchgate.net/publication/26692616_Implications_of_Magnesium_Deficiency_in_Type_2_Diabetes_A_Review
7. https://www.mdpi.com/2072-6643/10/12/1863/htm
8. https://onlinelibrary.wiley.com/doi/full/10.1111/j.1751-7176.2011.00538.x

Jemput sertai RDO Community di Facebook dan Telegram:

RDO Community Facebook

RDO Community Telegram


No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews