Saturday, 5 October 2019

IF/Keto Diet Bahaya Dan Menyiksa Diri?

 Oleh: Dr Hapizi

Saya terbaca status facebook seorang rakan doktor yang antara lain 'condemn' khalayak yang mengamalkan intermittent fasting (IF) atau diet keto sebagai antara lainnya:

-Menyiksa diri
-Membazir duit
-Merbahaya ('crash diet')
-Selfish dll

Saya bukanlah hendak mempertikaikan ilmu dan pengalaman beliau sebagai seorang rakan doktor, tetapi di sini saya ingin mengutarakan beberapa fakta yang selalu menjadi salah faham terutama dikalangan doktor/dietician tentang IF/Keto Diet.

1. IF/Keto menyiksa diri kerana skip makan?

Tidak benar! Masyarakat Malaysia kita secara tradisinya memang dikenali 'suka makan' dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap. Tambahan pula dengan dengan diet tinggi karbohidrat-nasi lemak, nasi dagang, nasi berlauk, roti canai, roti telur, roti sardin, laksa, pelbagai jenis mee, spagheti, pasta dan macam-macam lagi. Sudahlah tinggi karbohidrat, makan dengan kerap pula 5-6 kali sehari.

Apakah akibatnya?

Akibatnya adalah paras glukosa yang spike sepanjang masa, paras insulin yang spike sepanjang masa. Ini adalah prasyarat utama yang mengundang masalah obesiti serta type 2 diabetes.

Masalah obesiti (dan type 2 DM) yang disebabkan peningkatan hormon insulin ini telah diketahui seawal tahun 1960-an lagi melalui kajian antaranya oleh Prof George Cahill. Rujuk antara beberapa research articles beliau  disini (1, 2):-


Teori obesiti disebabkan insulin ini (dipanggil Carbohydrate Insulin Model, CIM) ini juga baru-baru ini disokong oleh Prof David S Ludwig dalam artikel journal berprestij JAMA. Rujuk di sini.





Ini menurut Prof Ludwig:-

Sumber: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6082688/
Dalam hantaran facebook itu juga, rakan doktor saya menekankan tentang keperluan mengira kalori. Walaupun saya tidaklah 100% menolak teori kalori ini, tetapi dapatan-dapatan terkini dari journal antarabangsa semakin meragui kepentingan kiraan kalori ini:-

Sumber: https://www.pharmaceutical-journal.com/opinion/insight/the-cholesterol-and-calorie-hypotheses-are-both-dead-it-is-time-to-focus-on-the-real-culprit-insulin-resistance/20203046.article?firstPass=false
Skip breakfast bahaya dan menurunkan metabolisme?

Tiada kajian yang konkrit yang membuktikan sedemikian. Malah yang sebaliknya pula!


Buku di atas adalah tulisan Prof Terence Kealey, seorang Pakar Biokimia lulusan Harvard yang pernah mengajar di Cambridge. Dalam tulisan beliau, didedahkan bagaimana kajian tentang keperluan untuk breakfast adalah ditaja oleh syarikat-syarikat komersial. Prof Kealey juga mendedahkan bagaimana dengan skip breakfast, paras gula darah beliau (beliau seorang type 2 diabetic) semakin baik dan terkawal.

Breakfast 'wajib' untuk menurunkan berat badan?

Ini tidak disokong oleh fakta saintifik yang kukuh. Rujuk di sini.

Juga kajian sistematik dan meta-analisis dari BMJ,2019 (sumber)


Kesimpulan dari kajian sistematik di atas:

"Modification of diets to include consumption of breakfast might not be good a strategy for weight loss, regardless of established breakfast habit

Caution is needed when recommending breakfast for weight loss in adults, as it could have the opposite effect"


Malah dengan skip breakfast, berat badan lebih cepat turun kerana berlaku pembakaran lemak dari simpanannya, peningkatan growth hormone dan secara tidak langsung pengurangan pengambilan kalori untuk hari tersebut (sumber)

Walaubagaimanapun saya tidaklah menggalakkan untuk berpuasa lebih dari 24 jam, kecuali dibawah pengawasan doktor perubatan yang berpengalaman.


2. Membazir duit?

Tidak benar! Komuniti yang mengamalkan IF kebanyakannya mengamalkan IF 16:8 (16 jam puasa, dengan 8 jam 'eating window') dan ramai juga mengamalkan OMAD (One Meal A Day). Tentunya ini lebih menjimatkan kerana cuma makan 1-2 kali sehari sahaja. Rata-rata yang mengamalkan IF ini bertenaga, turun berat badan, paras gula turun, tekanan darah dan kolesterol juga turun.

Tentunya ini boleh mencegah (malah reverse) banyak penyakit kronik. Tak perlu beli ubat, tak perlu cucuk insulin dan sebagainya. Tak jimat ke tu?


3. Merbahaya ('crash diet')?

Komuniti yang mengamalkan IF/keto bukanlah mengamalkan 'crash diet' yang bermaksud jumlah pengambilan kalori sehari kurang dari 600-800 kcal sehari. Cuma 'eating window' dipendekkan sekitar 6-8 jam sehari, tetapi diet yang diambil adalah padat dengan mikronutrien, cukup nilai protein (1.0-1.5 gm protein/ideal body weight), kaya dengan lemak sihat, cuma karbohidrat sahaja dihadkan.

Jumlah kalori yang diambil adalah tidak kurang dari 800 kcal sehari.



Malah penyelidikan terbaru, seperti melalui kajian 'Direct' dan 'Droplet' menyangkal salah anggapan tentang 'crash diet' ini. Baca di sini.

Oh yaa...berapa lama seorang manusia boleh hidup tanpa makan apa-apa? Jom lihat fakta:



Terdapat kira-kira 80,000 kcal yang tersimpan dalam lemak (adipose tissue). Jika seseorang menggunakan 2000 kcal sehari, maka tenaga simpanan dari lemak ini boleh bertahan secara anggaran kasar selama 40 hari!

Inilah matlamat utama mereka yang membuat IF/Keto diet, iaitu membakar simpanan lemak untuk digunakan sebagai tenaga (fuel)


4. Selfish?

Kenapa dikatakan selfish untuk kesihatan sendiri? Bukan ke kalau pasangan itu sudah sihat, berat badan turun, kencing manis terkawal, tekanan darah terkawal, ianya bagus untuk keluarga tersebut?

Ada pasangan, contohnya suami sihat, anak-anak sihat, tidak diabetik/obes, maka tidak perlulah mengamalkan IF/keto ini. Isteri sahajalah yang amalkan. aiiikkk itu dikata selfish?


5. IF/keto kurang kajian konkrit?

Boleh lihat di sini :-

 Evidence that Low Carb Diets are Safe and Effective

 Nutrients Special Issue "Health Effects of Intermittent Fasting: How Broad are the Benefits?"

Boleh tengok juga youtube pun banyak..pakar-pakar tentang IF/keto bukan calang-calang....ramai profesor, pakar kardiologi, pakar nefrologi, pakar endokrinologi, pakar patologi kimia dll ..

Saya bagi beberapa link youtube:

https://www.youtube.com/watch?v=iatPAjf5I_Y (Dr Jason Fung, pakar nefrologi)

https://www.youtube.com/watch?v=qXtdp4BNyOg (Dr Nadir Ali, pakar kardiologi)

https://www.youtube.com/watch?v=5xr_uUvmqL8   (Dr Aseem Malhotra, pakar kardiologi)

https://www.youtube.com/watch?v=tC_qBC1EEvw (Prof Jeff Volek, pakar human science)

https://www.youtube.com/watch?v=MXkE8_NdAyQ (Prof Ken Sikaris, chemical pathologist)

https://www.youtube.com/watch?v=fL5-9ZxamXc&t=1775s (Prof Tim Noakes, pakar sains sukan)

https://www.youtube.com/watch?v=3eMWbmXYuHw (Prof Ben Bikman, pakar metabolisme)

https://www.youtube.com/watch?v=chP6NNbU9BE (Dr Caryn Zynn, dietician)




6. IF Tidak Islamik?

Ishhh..biar betul...Nabi Muhammad S.A.W pun IF & OMAD tau!


Dan amalan para sahabat seperti Sayidina Abu Bakar As-Siddiq yang mengamalkan puasa panjang (prolonged fasting), iaitu makan setiap 6 hari. Ini dinukilkan dalam Kitab Penawar Bagi Hati tulisan Syeikh Abdul Qadir Al-Mandili:-




Dalam RDO Community memang digalakkan puasa-puasa sunat seperti Isnin, Khamis, puasa ayyamul bidh, puasa Asyura, puasa hari Arafah dan banyak lagi..bila tiba Ramadhan...insya Allah tak ada apa-apa masalah..terutama bagi yang ada diabetes.

Bagi docs yang skeptikal tentang IF/low carb/keto, boleh baca artikel ini:

The guide for doctors skeptical of low carb

Sertai RDO Community untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang IF/Keto :

RDO Community Facebook Group

RDO Community Telegram Group

Sekian, terima kasih atas kesudian membaca!

Boleh share di fb!

No comments:

Post a Comment