"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Monday, 11 November 2019

Bagaimana Protokol RDO Boleh Merawat Masalah Jantung

Oleh: Dr Hapizi



Penyakit kardiovaskular adalah merujuk kepada keadaan yang melibatkan penyumbatan/penyempitan salur darah (arteri) yang membawa kepada masalah serangan jantung (heart attack), sakit dada (angina) dan angin ahmar (stroke).




Menurut WHO, 17.9 juta orang meninggal dunia setiap tahun seluruh dunia kerana penyakit kardiovaskular ini, yang merupakan 1/3 dari penyebab utama kematian (1).

Faktor-faktor penyumbang kepada penyakit kardiovaskular:



Faktor-faktor seperti umur, jantina dan etnik dan genetik adalah di luar kawalan kita (non-modifiable), tetapi kita boleh melakukan sesuatu untuk mengubah faktor boleh-ubah (modifiable) seperti merokok, obesiti, kurang aktiviti fizikal, masalah kolesterol tinggi, hipertensi, diabetes dan diet yang tidak betul.





Jom kita tengok peringkat-peringkat (stages) aterosklerosis:


Ini boleh diringkaskan dengan 3 peringkat berikut (7) :

1) Pembentukan jalur lemak (fatty streak)
2) Pembentukan plak aterosklerosis ( plaque progression)
3) Plak aterosklerosis meruntuh (plaque disruption) dan berlaku penyumbatan arteri


Jangan lupa glycocalyx (GCX)  sebagai pertahanan pertama!


Sumber: 8
Apa itu glycocalyx?


Glycocalyx merupakan 'rerambut' halus yang terdapat di luar sel endotelium iaitu sel dalaman arteri. Ia melindungi sel dari kerosakan serta mengawal keluar-masuk bahan-bahan asing. Ia juga mencegah dari berlakunya pembekuan darah.

Apabila glycocalyx ini rosak, contohnya selepas mengambil makanan tinggi gula, lebih senang LDL teroksida (oxidised LDL) memasuki endotelium dan berlakulah proses permulaan aterosklerosis!

Kesan selepas makan makanan tinggi karbohidrat - merosakkan glycocalyx dan mengambil masa 8-12 jam untuk pulih. Sumber: 9


Penyebab lain yang merosakkan glycocalyx adalah hipertensi, stress oksidatif dan merokok. Sumber: 9

Selepas berlakunya kerosakan pada glycocalyx, proses seterusnya adalah kemasukan small dense LDL melalui celahan sel endotelium yang seterusnya menghasilkan timbunan plak aterosklerosis. Perhatikan large buoyant LDL tidak menyebabkan aterosklerosis kerana ia terlalu besar untuk memasuki celahan sel endotelium:



Plak aterosklerosis yang terdiri dari teras lemak (lipid core) dan ditutupi fibrous cap

Faktor-faktor yang menggalakkan proses aterosklerosis

Perubatan konvensional banyak menumpukan kepada rawatan ubat-ubatan untuk menangani masalah diabetes, hipertensi dan kolesterol tinggi, sehingga punca yang utama iaitu kerintangan insulin (insulin resistance) seringkali diabaikan. Ini ibarat tidak nampak gajah di depan mata, tetapi nampak kuman di seberang laut! Masalah aterosklerosis bukan hanya disebabkan kolesterol sahaja!



Sejak munculnya populariti IF (serta diet keto) kebelakangan ini, telah banyak kajian yang dibuat tentang keberkesanan IF dalam menangani masalah kerintangan insulin yang dikaitkan dengan obesiti, diabetes, hipertensi, kolesterol dan penyakit kardiovaskular (1).


Sumber: 4.


Secara mudahnya IF merawat masalah kardiovaskular dari punca utamanya iaitu kerintangan insulin atau sindrom metabolik.

Secara umumnya, masalah kerintangan insulin dicirikan oleh obesiti, paras gula tinggi (prediabetes/diabetes), tekanan darah tinggi dan triglyceride tinggi serta HDL rendah.

Satu ciri yang lazimnya didapati adalah paras insulin yang tinggi (hyperinsulinaemia) yang menyumbang kepada munculnya komponen-komponen sindrom metabolik tersebut.

Jadi bagaimanakah mekanisme kerintangan insulin ini menjadi penyebab kepada masalah aterosklerosis? Jom kita lihat..


1. Insulin tinggi (hyperinsulinaemia) adalah penyebab langsung (direct cause) kepada masalah aterosklerosis melalui beberapa mekanisme (12):
  • Menyempitkan salur darah arteri (vasoconstriction)
  • Mencetuskan masalah keradangan (inflammation)
  • Menggalakkan pembekuan darah (thrombosis)




Penyelesaian: IF beserta diet keto akan merendahkan paras insulin basal (2)


2. Paras glukosa yang tinggi (hyperglycaemia) (13)

Paras glukosa tinggi menyebabkan proses glycation pada LDL dan seterusnya oxidised LDL inilah (terutamanya small dense LDL) yang akan memasuki celahan sel endotelium menyebabkan aterosklerosis


Penyelesaian: IF beserta diet keto akan merendahkan paras glukosa, Hba1c serta akan mengurangkan proses glycation terhadap LDL ini.


3. Paras small dense LDL teroksida (OxLDL) yang tinggi (13)

Semakin tinggi paras small dense LDL teroksida (OxLDL) semakin tinggilah risiko berlakunya aterosklerosis



Penyelesaian: IF beserta diet keto akan mengurangkan pembentukan small dense LDL ini (14)


4. Keradangan (inflammation) (13)

Proses keradangan (inflammation) terlibat di dalam setiap step proses aterosklerosis (12)



Penyelesaian: IF beserta diet keto mengurangkan masalah keradangan (rujukan: 16)

Pada akhirnya semua faktor-faktor di atas akan menjurus kepada risiko meningkatnya pembekuan darah (blood clotting) yang membawa kepada masalah aterosklerosis:-


Sumber:17


Kesimpulan:

IF berserta diet keto merawat punca masalah aterosklerosis dari puncanya iaitu mencegah kerosakan glycocalyxhyperinsulinaemiahyperglycaemiaoxidised small dense LDL serta inflammation


Ringkasan kajian oleh Volek et al tentang impak positif diet rendah karbohidrat tinggi lemak terhadap risiko kardiovaskular


Rujukan:

1. Intermittent fasting in cardiovascular disorder-an overview

2. Clinical management of intermittent fasting in patients with diabetes mellitus

3. The cholesterol and calorie hypothesis is both dead-it is time to focus on the real culprit-insulin resistance

4. Saturated fat does not clog the arteries. coronary heart disease is a chronic inflammatory condition, the risk of which can be effectively reduced from healthy lifestyle interventions

5. Association between insulin resistance and the development of cardiovascular disease

6. Hyperinsulinemia: A unifying theory of chronic disease?

7. https://www.textbookofcardiology.org/wiki/Atherosclerosis

8. Glycocalyx in Atherosclerosis-Relevant Endothelium Function and as a Therapeutic Target

9. Glycocalyx-Low carb universe

10. Basal hyperinsulinemia beyond a threshold predicts major adverse cardiac events at 1 year after coronary angiogram in type 2 diabetes mellitus: a retrospective cohort study

11. Atherosclerosis: Pathophysiology of insulin resistance, hyperglycemia, hyperlipidemia, and inflammation

12. Reciprocal Relationships Between Insulin Resistance and Endothelial Dysfunction

13. Role of Oxidized LDL in Atherosclerosis

14. Blood Lipid Changes With A Well-Formulated Ketogenic Diet In Context

15. Inflammation as a Therapeutic Target in Atherosclerosis

16. Inflammation, Nutritional Ketosis, and Keto-Immune Modulation

17. Dr. David Diamond - 'An Assessment of Cardiovascular Risks of a Low Carbohydrate, High Fat Diet'


Link ke Group Telegram RDO:

https://t.me/joinchat/A87TgE1HtbCXUHAoSW6jTg


No comments:

Post a Comment

Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews