Friday, 15 November 2019

SIBO-Bagaimana IF dan Diet Keto Membantu?



Adakah anda ada simptom seperti selalu...:

  • Angin
  • Kembung 
  • Sendawa 
  • Perut membuncit setiap kali lepas makan
  • 'Gastrik'
  • GERD 
Jika ada kebanyakan simptom di atas, kemungkinan anda mempunyai masalah yang dipanggil SIBO



Apa itu SIBO?

SIBO adalah singkatan kepada Small Intestinal Bacterial Overgrowth. 

Begini,



Dalam usus kita ada banyak bakteria baik yang hidup secara simbiosis sekian lama. Dianggarkan bilangan mereka kira-kira 100 trillion dan terdiri dari lebih 500 spesis. Antara tugas bakteria baik ini adalah membantu penyerapan nutrien tertentu serta menghasilkan beberapa vitamin penting untuk kegunaan tubuh kita. 

Kebanyakan bakteria baik ini tinggal di usus besar (bahagian usus lebih ke bawah). Apabila mereka berada di tempat yang tidak sepatutnya (usus kecil), inilah yang menjadi masalah. Inilah yang dinamakan SIBO iaitu overgrowth pembiakan bakteria di usus kecil.

Bakteria yang dahulunya 'baik' tapi apabila tinggal di usus kecil akan menghasilkan masalah seperti penghasilan toksin, enzim dan banyak gas.


Bagaimana terjadinya SIBO?

Bakteria baik ini pada asasnya 'makan' apa yang masuk ke dalam usus kita. Mereka sangat suka kepada makanan bergula dan berkarbohidrat yang akan lebih menggalakkan lagi pembiakan mereka. Apabila gula/karbohidrat ini 'dimakan' oleh bakteria baik ini, proses penapaian (fermentasi) berlaku dan banyak gas dibebaskan. Makanan berlemak/berprotein tidak digemari mereka, jadi bila banyak makanan seperti ini diambil, bakteria baik ini tidak berkembang biak dengan pesat dalam usus kecil. 

Apabila semakin banyak bakteria membiak, semakin banyak gas terhasil. Tekanan di dalam usus kecil semakin tinggi dan ini lama kelamaan menolak gas, asid serta kandungan dalam perut ke atas. Ini menghasilkan simptom GERD 

Ini adalah penyebab SIBO nombor 1 iaitu terlebih pengambilan gula serta karbohidrat

GERD - Asid serta kandungan dalam perut yang naik ke atas (esofagus)

Penyebab SIBO Nombor 2 - Kurangnya Aktiviti MMC (Migrating Motor Complex)

Apa itu MMC?

MMC merupakan pergerakan usus kecil dalam bentuk 'wave' yang menolak sisa makanan serta bakteria ke bawah, iaitu sehingga ke bahagian usus besar. Bayangkan MMC ini seperti 'penyapu' yang menyapu bersih kandungan usus kecil. MMC menghalang bakteria dari mengkoloni usus kecil. Ianya berlaku setiap 90-120 minit, diantara waktu makan. Aktivitinya akan terhenti sebaik anda makan. Bunyi perut 'berkeroncong' itu adalah kerana MMC sedang bekerja. Jadi ianya suatu yang sihat

Untuk orang normal, usus kecil 'dicuci' sebanyak 11 kali sehari. 



Jika anda terlalu kerap makan, aktiviti MMC ini akan menjadi tergendala dan mungkin hanya sekitar 3 kali saja berlaku untuk sehari.

Jadi untuk merangsang aktiviti MMC, kena kurangkan kekerapan makan! Sekurang-kurangnya 4-5 jam selang antara 2 waktu makan. Jangan snacking!

Apa yang boleh membantu?

Halia - antara yang membantu mengaktifkan MMC. Boleh diambil sebagai Teh Halia. Terbaik diambil semasa makan tengahari atau malam


Penyebab-Penyebab Lain  SIBO:



Bagaimana IF dan Diet Keto membantu masalah SIBO?

1. Oleh diet keto adalah bebas dari sebarang gula tambahan dan sangat rendah karbohidrat, ia tidak menggalakkan pertumbuhan bakteria baik di usus kecil. Ini membantu mengatasi masalah SIBO disebabkan nombor 1 di atas. Cuma hati-hati tentang pengambilan sayuran yang terlalu banyak, ini mungkin akan menerukkan masalah SIBO. Jika perlu, kurangkan sedikit sayuran dan lebihkan protein serta lemak sihat

2. Oleh kerana IF memanjangkan masa antara waktu makan, ia membantu mengaktifkan aktiviti serta bilangan MMC yang berlaku untuk hari tersebut. Jika belum biasa ber-IF, panjangkan sedikit demi sedikit waktu puasa, sehingga dapat buat IF 16:8


Rujukan

1.





No comments:

Post a Comment