Admin RDO sentiasa menerima pertanyaan;
'Saya ambil susu jenama X, sesuaikah untuk diabetes?'
'Doc, susu jenis apa yang sesuai untuk yang ada diabetes?'
Jom kita kupas fakta tentang susu, terutama untuk yang ada diabetes atau yang menjalani diet keto.
Sebelum itu, kena tahu quota karbohidrat bersih (net carbs) untuk sehari, untuk kekal dalam ketosis:
Quota net carbs < 50 gm sehari
< 30 gm jika ada diabetes
Bagi yang belum mahir untuk baca label keto, boleh baca di sini.
Salah satu jenama susu 'X' yang dipromosi untuk diabetes:
Lihat fakta nutrisinya:
Kandungan karbohidrat 24.5 gm/serving (55 gm powder, 250 ml air)! Dah hampir penuh quota carb untuk sehari (30 gm)! |
Jom kita tengok satu lagi jenama susu 'Y' yang popular dipromosi untuk diabetes
Fakta nutrisinya:-
Kandungan karbohidrat 23 gm/serving! |
Lebih kurang sama dengan jenama 'X'-ada gula tersembunyi seperti Corn Maltodextrin, Fructose, Acesulfame dan campuran vegetable oils seperti Safflower, Canola, Soy. Tak lulus keto! |
Kesimpulan:
Susu komersial yang dipromosi untuk penghidap diabetes TAK LULUS KETO kerana kandungan karbohidrat yang tinggi, ada gula tiruan (boleh melonjakkan gula darah, membatalkan ketosis dan memburukkan masalah kerintangan insulin) serta campuran minyak sayuran (vegetable oils) yang boleh menghasilkan inflamasi dalam darah
Bacaan lanjut tentang pemanis yang lulus dan tak lulus keto:
Diet Doctor:Keto Sweeteners
The Skinny on Sweeteners-Doc Muscles
Tentang bahaya vegetable oils:
Vegetable Oils-are they healthy?-Diet Doctor
The shocking origin of vegetable oil-garbage!-Dr Jason Fung
Are vegetable and seed oils bad?-Healthline
Macam mana kalau ambil susu segar?
Susu segar mempunyai gula laktosa (sejenis disakarida gabungan glukosa + galaktosa). Segelas susu segar mengandungi kira-kira 12-13 gm karbohidrat laktosa ini. Agak tinggi juga! Jadi tetap tak lulus keto!
Macam mana dengan jenis-jenis susu lain? Contoh Whole milk, 2% fat, 1% fat, skim milk dan sebagainya? Lihat fakta nutrisi di bawah:-
Carbs tetap tinggi-sekitar 12 gm untuk 1 cawan. Paling tinggi jika ada campuran 1% chocolate! |
Ada. Kami mengesyorkan penggunaan whipping cream iaitu susu yang telah diasingkan kandungan gula di dalamnya.
Contoh fakta nutrisi satu jenama whipping cream-kandungan karbohidrat cuma 0.5 gm/serving 100 ml |
Untuk minuman, boleh guna almond milk (unsweetened). Lihat fakta nutrisi pada label dan pastikan tiada campuran gula. Boleh juga buat almond milk sendiri - lagi terjamin kandungannya! Contoh cara membuat di sini
Kandungan karbohidrat dalam almond milk cuma 1 gm untuk secawan. Almond milk juga mengandungi sumber kalsium yang tinggi |
Ada yang mengesyorkan santan (coconut milk) untuk menggantikan susu. Kita tengok fakta nutrisi santan:
Kandungan karbohidrat santan agak tinggi juga (7 gm secawan). Mungkin sekitar 1/4 cawan (~1.75 gm) dicampur dalam teh atau kopi adalah OK! |
Nanti tak cukup kalsium kalau tak minum susu?
Ada banyak sumber kalsium lain untuk menggantikan susu!
Boleh pilih sumber makanan ini untuk mendapatkan kalsium! |
Kesimpulan:
1. Segala jenis susu tidak sesuai untuk penghidap diabetes dan tak lulus keto, lebih-lebih lagi susu komersial yang diproses, kecuali almond milk (tanpa gula). Boleh juga ganti susu dengan sedikit santan (coconut milk) untuk minuman
2. Boleh ganti dengan whipping cream menggantikan susu untuk masakan atau baking
3. Sumber kalsium boleh didapati dari sumber lain seperti sayuran hijau, chia seeds, almond, ikan dan lain-lain
Sertai RDO Community-Kumpulan sokongan untuk reverse dari masalah diabetes/obesiti
RDO Community Telegram Group
RDO Facebook Group
No comments:
Post a Comment