Oleh:Dr Hapizi
Anda telah on diet keto..
Boleh ke mengambil sweets seperti keto cake, cookies, brownies, muffins, aiskrim dan sebagainya?
Ini saya cerita tentang sweets yang lulus keto ya. Yang tak lulus keto tentu sekali tak boleh. 😅😅
Dan jika boleh, berapa kerap boleh ambil? Setiap hari? Setiap minggu? Teruskan membaca..nanti saya akan kupas dalam artikel ini.
Isu perlu atau tidak mengambil 'desserts' ni agak biasa dibincang malah diperdebat dalam komuniti keto.
Ada yang menyokong, ada yang menentang dan masing-masing ada sebab tersendiri.
Jom kita kupas dalam artikel ni..
Sebelum itu kita lihat semula apa itu diet keto. Boleh baca di sini. Ini adalah main meals diet keto iaitu samada breakfast, lunch atau dinner.
Diet keto, yang secara tipikal makronya, melalui peratusan kalori 5-10% karbo, 20-25% protein, 70-80% lemak, bertujuan untuk menukar kebergantungan seseorang dari karbo kepada lemak.
Diet keto yang diteruskan secara konsisten bertujuan menurunkan paras insulin tinggi dalam darah, yang seterusnya akan membantu pembakaran lemak seseorang (Rujukan)
3 Peraturan Utama Diet keto:
Secara amnya, bolehlah dikatakan, walaupun diet keto menekankan kepada karbo yang dihadkan, mesti disertai dengan pengambilan protein yang cukup. Lemak dari diet juga perlu dihadkan (jika anda bertujuan mengurangkan berat badan)
Apapun tujuan berdiet, ia pastinya akan mengarah kepada 2 tujuan utama
- Ia menyihatkan untuk jangka pendek dan jangka panjang
- Ia untuk dijadikan lifestyle, bukan diet bermusim jangka pendek
Jadi kita telah jelas apa itu diet keto dan tujuannya, jom kita tengok pula maksud desserts
Definisi dessert (pencuci mulut)
-Dessert is usually a sweet course that concludes a meal (definitions.net)
-Pencuci mulut biasanya terdiri dari juadah manis yang dimakan di akhir sesuatu hidangan
Kebiasaannya keto desserts ini rendah karbo, tinggi lemak dan ada sedikit protein. Kalori pun biasanya agak tinggi.
Contoh:
Keto pancakes with berries and whipped cream |
Sumber:DietDoctor |
Pro dan Kontra Desserts/Sweets
Pro:
- Membantu membuatkan diet keto lebih menyeronokkan. Tidaklah ianya stereotype dengan hidangan main meals sahaja (daging, ikan, ayam, telur, sayur dll). Jemu juga lama-lama kan?
- Oleh kerana ianya fun, tidak menjemukan, seseorang akan stick kepada diet keto untuk jangka panjang. Ini yang kita mahu, bukan?
Kontra
- Boleh mengganggu proses fat loss, terutamanya jika diambil terlalu kerap
- Boleh meningkatkan paras kolesterol darah dan peratusan lemak badan
Jadi macam mana?
Menimbangkan faktor-faktor di atas, pada saya, yess!! dessert/sweets boleh diambil, dengan beberapa syarat:
- Anda telah benar-benar fokus dan mahir tentang 'main meals' diet keto. Ini mungkin mengambil masa 1-2 bulan. Biar fokus anda 80% kepada 'main meals' dan 20% kepada desserts. Bukan sebaliknya ya!
- Anda telah mula diet keto sekurang-kurangnya 4-6 minggu. Ini adalah tempoh untuk anda memasuki fasa keto-adaptation iaitu tubuh anda telah mulai menyesuaikan diri untuk pembakaran lemak dan proses ketosis yang terkawal. Jika desserts diambil sebelum 6 minggu itu, tubuh anda masih 'keliru' dan mitokondria iaitu enjin dalam sel untuk membakar lemak, masih belum beradaptasi sepenuhnya. So tunggu sekurang-kurangnya 6 minggu ya. Fokus main meals dahulu!
- Anda telah mencapai berat ideal dan cuma untuk mantain berat
- Jika diabetik, gula (dxt) anda terkawal, berat badan pun dah normal, ok lah kan
- Paras kolesterol darah anda tidak terlalu tinggi
- Anda bukan dalam fasa weight loss plateau!
- Tidak mengambil desserts terlalu kerap. Mungkin 2-3 minggu sekali ok. Terutama bila craving!
- Jika ambil desserts pun, tidak terlalu heavy. Nama pun desserts, kan? 😉😉
Apa yang penting, anda dengar isyarat dalam diri anda dan ada common sense!
Contohnya jika berat anda statik, dan anda kerap mengambil desserts setiap hari, stop dulu untuk 1-2 minggu dan lihat perubahannya!
Jangan terikut-ikut dengan orang..Ukur baju badan sendiri, dong!
Alright, sekian dulu, jumpa dalam post akan datang!
Keep calm, keep keto, keep IF! 💪💪💪
Reference
No comments:
Post a Comment