"Fasting is the first principle of medicine"-Rumi

Disclaimer:

Informasi dalam blog ini tentang intermittent fasting (IF) dan diet ketogenik BUKAN bertujuan untuk menggantikan nasihat, konsultansi, diagnosis dan rawatan dari ahli perubatan yang bertauliah. JANGAN berhenti dari sebarang ubat atau follow-up tanpa pengetahuan doktor anda!

Tuesday, 24 November 2020

Interaksi Hormon-Hormon Apabila Melakukan IF/Keto

Oleh: Dr Hapizi

Pelbagai jenis hormon dalam tubuh manusia

Dalam post ini, saya akan menjelaskan tentang apa yang berlaku dan interaksi hormon-hormon, terutamanya insulin dan hormon seperti glucagon, growth hormone, epinephrine, cortisol, leptin, thyroid, estrogen, progesterone, testosterone dan lain-lain.

Tujuan mengetahui interaksi hormon-hormon ini adalah supaya kita mendapat benefit yang optimum apabila melakukan IF/Keto serta boleh expect perubahan yang berlaku dalam situasi tertentu. Contohnya kenapa berat/paras gula  meningkat sedikit semasa period, semasa stress, semasa demam dan sebagainya.

Seterusnya dengan mengetahui interaksi ini, kita dapat mengoptimumkan paras hormon-hormon ini dengan cara-cara tertentu untuk mendapat hasil terbaik, semasa melakukan IF/keto.

Baca dahulu post ini https://rdocom.blogspot.com/2018/05/hyperinsulinaemia-elephant-in-room.html, dan https://www.dietdoctor.com/new-paradigm-insulin-resistance tentang kerintangan insulin (insulin resistance)


1. Insulin (Ruj: 1)

Insulin adalah sejenis hormon peptida, dirembes oleh sel beta pankreas. Fungsi utama insulin adalah meningkatkan kemasukan (uptake) glukosa ke dalam tisu periferal (hati, otot rangka dan tisu adipos), meningkatkan pembentukan glikogen (glycogenesis), pembentukan lemak (adipogenesis) dan merencat pemecahan lemak dan glikogen (lipolysis and glicogenolysis).

Jadi insulin adalah hypoglycaemic hormone (menurunkan paras gula) serta bersifat anabolic (merangsang pertumbuhan otot dan lemak)




2. Insulin & Counterregulatory Hormones (Ruj: 2)

Apa itu counterregulatory hormones?

Ianya merupakan hormon-hormon yang berlawanan dengan kesan insulin ie ia akan menaikkan paras glucose apabila hypoglycaemia berlaku

Counterregulatory hormones yang utama adalah glucagon, growth hormone, cortisol dan epinephrine


Mereka yang tidak mempunyai diabetes mempunyai beberapa mekanisme pertahanan dari hypoglycaemia.

Pertama, pankreas akan mengurangkan rembesan insulin. 

Kedua, sel alfa pankreas akan merembeskan hormon glucagon yang memberi isyarat kepada hati (liver) untuk membebaskan lebih banyak glucose.

Mekanisme kawalan glucose oleh insulin & glucagon



Ketiga, kelenjar adrenal akan membebaskan epinephrine (adrenaline) untuk memberi isyarat kepada hati dan buah pinggang untuk menghasilkan lebih banyak glucose. Epinephrine juga mengawal tisu-tisu tertentu seperti otot untuk tidak terlalu menggunakan glucose dari darah serta mengurangkan rembesan insulin dari pankreas.

Dalam sesetengah kes, apabila glucagon dan epinephrine masih tidak berjaya menaikkan paras glucose secukupnya, cortisol dan growth hormone akan dirembeskan.

Bagi sesetengah pesakit, terutama type 1 diabetes, mereka hilang keupayaan untuk merembeskan hormon glucagon apabila diperlukan (hypo). Rembesan hormon epinephrine juga tidak berlaku seperti yang sepatutnya. Individu sebegitu dinamakan mempunyai masalah defective glucose counterregulation dan sangat senang mengalami masalah hypoglycaemia.

Disamping menyumbang kepada masalah hypoglycaemia, pengurangan respons terhadap epinephrine juga menyebabkan seseorang boleh mengalami masalah hypoglycaemia unawareness. 

Oleh kerana tanda-tanda amaran awal hypo ( lapar, berpeluh, menggigil, berdebar-debar dsb) dicetuskan oleh hormon epinephrine, mereka yang ada kekurangan hormon tersebut tidak mengalami apa-apa simptom, walaupun sedang hypo (glucose dalam darah < 4). Ini adalah sesuatu yang amat bahaya.


3. Insulin & Growth Hormone (GH) (Ruj: 3)

GH merupakan salah satu hormon yang dirembes oleh kelenjar pituitari di dalam otak. Ia berfungsi dalam banyak proses fisiologi kompleks yang melibatkan pertumbuhan dan metabolisme.

Growth hormone (GH) dan fungsi-fungsinya



GH selalu dilabelkan mempunyai aktiviti anti-insulin kerana ia merencat aktiviti insulin untuk merangsang kemasukan glucose ke dalam tisu periferal dan ia juga merangsang penghasilan glucose di dalam hati.

Walaubagaimanapun, agak paradoks, pengambilan GH merangsang rembesan insulin, yang menyebabkan hyperinsulinaemia.


4. Insulin Dan Cortisol (Ruj: 4)

Cortisol dirembes oleh kelenjar adrenal (terletak di atas organ buah pinggang) apabila ada reaksi stress.

Cortisol menyediakan tubuh kita untuk reaksi "fight or flight" (lawan atau lari) dengan meningkatkan pengeluaran glucose ke dalam darah dan merencat rembesan insulin dari pankreas. ini untuk mencegah glucose dari disimpan, supaya ia dapat digunakan segera semasa stress.






5. Insulin dan Leptin (Ruj: 5)

Leptin adalah hormon yang dikeluarkan oleh sel-sel adipose (lemak). 
Kedua-duanya mempunyai tugas penting dalam kawalan glucose dan metabolisme. 
Leptin memberikan rasa kenyang selepas kita makan

Leptin merencat insulin; insulin merangsang penghasilan dan rembesan leptin. 

Leptin juga meningkatkan sensitiviti insulin.

Interaksi leptin & insulin


Ada satu artikel menarik, interaksi leptin dan insulin, yang ditulis oleh Dr Jason Fung dalam blog beliau. Boleh baca di https://thefastingmethod.com/how-to-control-the-body-weight-thermometer/


Sekapur sirih

Assalamualaikum dan salam sejahtera Blog ini ditubuhkan untuk mengumpul dan menyebarkan info-info tentang RDO (Reverse Diabetes/Ob...

Most popular posts

 
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
Closed group · 2,965 members
Join Group
RDO Protocol.. Terbukti berkesan utk reverse masalah berat badan terlebih, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dll... Tanpa ubat Tanpa sup...
 

Interesting youtube videos (IF & keto)

calculate!




Total Pageviews