Wednesday, 30 March 2022

Diet Untuk Penghidap Long Covid

 Oleh:

Dr Hapizi (drhapizi@gmail.com)

Artikel ringkas ini ingin menyorot tentang long covid, kaitan dengan histamine/mast cell activation syndrome (MCAS), bagaimana diet/supplement yang sesuai diambil dll. Bagi pengamal keto, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan apabila anda mengalami long covid ini. Sila ambil perhatian, semoga membantu ke arah penyembuhan lebih cepat, insyaa Allah..



Pengenalan

SARS-CoV-2 infection (COVID-19) adalah pandemik yang melanda dunia semenjak pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019.

Sehingga hari ini, telah berlaku 6.15 juta kematian di seluruh dunia dengan jumlah kes dikesan sebanyak 483 juta ++ (1

Di Malaysia pula, sebanyak 34,832 kematian dicatatkan dengan jumlah kes sebanyak 4 juta lebih. (2

Bagi yang mendapat jangkitan Covid-19, 80% dari mereka adalah pada tahap ringan - sederhana. Manakala bagi yang mendapat jangkitan serius, 5% berakhir dengan komplikasi kritikal (3)

Lebih dari 40% Covid-19 survivors di seluruh dunia mendapat kesan jangka panjang selepas sembuh, dipanggil long covid (4)

Di Malaysia, dianggarkan 10-15% pesakit yang positif, mengalami long covid. (5). Sehingga kini terdapat kira-kira 12, 654 menderita masalah ini. (6)


Apa itu Long COVID (menurut National Institute for Health and Care Excellence (NICE) UK) (7)

Definisi: Tanda-tanda dan simptom yang dialami berterusan selepas jangkitan acute COVID-19. Ini termasuk ongoing symptomatic COVID-19 (dari 4-12 minggu) dan post-COVID-19 syndrome.

  • Acute COVID-19
    • Tanda dan simptom COVID-19 sehingga 4 minggu
  • Ongoing symptomatic COVID-19
    • Tanda dan simptom COVID-19 dari 4 minggu hingga 12 minggu
  • Post-COVID-19 syndrome
    • Tanda dan simptom yang dialami semasa atau selepas jangkitan COVID-19 dan berterusan lebih dari 12 minggu dan tidak ada diagnosis lain

Secara mudahnya kita katakan jika anda positif Covid dan masih mengalami simptom-simptomnya sehingga 4 minggu, anda masih dalam kategori fasa acute. Jika lebih dari itu baru dikatakan mengalami long covid.




Tanda-Tanda dan Simptom Long Covid


Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam satu sidang akhbarnya, terdapat lima gejala utama long covid yang dikesan oleh KKM di negara kita(6):

  • Kelesuan (79.2 %)
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti tertentu (52.6%)
  • Batuk (17.2 %)
  • Kesukaran tidur (14.6%)
  • Keresahan (10.6%) 

Apa penyebab long covid?

Para saintis seluruh dunia masih belum benar-benar pasti penyebab long covid dan kenapa hanya sesetengah orang mengalaminya. Macam-macam teori dan patofisiologi  yang diketengahkan(8). 

Walaubagaimanapun, dalam bidang perubatan, popular satu prinsip yang dikenali dengan Occam's razor (9), yang amnya bermaksud, jika ada satu explanation yang boleh menerangkan banyak perkara, itulah yang paling betul.

Baru-baru ini saya meneliti artikel dan video dari Dr Lawrence Afrin, seorang pakar hematologi/onkologi Amerika Syarikat, yang juga peneraju dunia dalam bidang penyelidikan Mast Cell Activation Syndrome (MCAS).

Link: 10

Highlights dari artikel di atas:

  • Banyak dari proses hyperinflammation yang berlaku dalam COVID-19 adalah konsisten dengan inflammation yang disebabkan mast cells
  • Kadar (prevalence) penyakit COVID-19 teruk adalah sama dengan mast cell activation syndrome (MCAS) ~ 17%
  • Ubat-ubatan yang merencat mast cell mempunyai kesan baik dalam rawatan COVID-19
  • MCAS yang disebabkan disfungsi mast cell (terlebih aktif) mungkin punca utama dalam penyakit akut mahupun kronik COVID-19


Mast cell yang aktif dengan kemasukan virus COVID-19, seterusnya membebaskan histamine dan mencetuskan inflammation. Sumber: 11

Kalau rajin boleh tonton video ni:

     


Satu lagi video interview dengan Dr Tina Peers (https://www.drtinapeers.com/longcovid), seorang pakar O & G yang banyak merawat pesakit long covid serta mengkaji tentang MCAS/histamine intolerance

 


4 Step Rawatan untuk long covid disebabkan MCAS


Apa itu mast cells dan histamine

                                               

Mast cells adalah salah satu sel imun yang terdapat di seluruh tubuh kita terutama di dalam mulut dan lapisan usus, kulit dan paru-paru. Ia juga terdapat pada salur darah, otot licin, mukosa dan folikel rambut (12). Mast cell berfungsi terutamanya dengan sistem pertahanan tubuh dengan membebaskan bahan seperti histamine apabila terdapat allergen atau benda asing memasuki tubuh.


Gegata (urticaria) disebabkan oleh pembebasan histamine dari mast cells


Pelbagai  fungsi dan kesan tindakan histamine melalui 4 reseptor - H1,H2,H3,H4. Sumber: 13


Simptom-simptom jika histamine terlalu tinggi dalam tubuh. Sumber: 14



Perhatikan enzim histamine decarboxylase (HDC) yang menukarkan histidine kepada histamine


                                        

Histamine yang terhasil dari makanan, dineutralkan oleh satu enzim penting yang terdapat dalam lapisan usus yang dinamakan DAO (diamine oxidase)


Histamine dalaman (endogenous) dan luaran (exogenous)(19)

Histamine dalaman dihasilkan sendiri dalam tubuh kita oleh sel-sel seperti mast cells. Dalam keadaan seperti MCAS yang telah dibincangkan di atas, mast cells membebaskan histamine dengan terlampau banyak, yang dicetuskan oleh virus COVID-19.

Histamine luaran pula adalah dari makanan/minuman yang kita ambil.

Makanan yang tidak segar, yang diperam (fermented) atau yang tersimpan lama, menyebabkan ianya terdedah kepada bakteria atau yis yang mempunyai enzim HDC dan menukarkan asid amino histidine ke histamine

Antara makanan/minuman yang tinggi kandungan histamine. Sumber:(19)


Bagi pengamal-pengamal keto, yang dibulatkan adalah 'lulus keto' tapi elakkan dahulu jika anda ada masalah histamine intolerance/MCAS atau long covid. Sumber: 20

Elakkan makanan diperam seperti belacan, budu, yogurt, cheese dan ACV

Elakkan makanan dikeringkan seperti kurma, kismis, prune, ikan kering, ikan bilis dan keropok lekor


Sumber: Hafizsulaiman.com


4 Step Rawatan Long Covid Disebabkan MCAS/Histamine Intolerance

Ulangkaji semula dari video temuramah dengan Dr Tina Peers.

Nota: Jangka hayat mast cells adalah sekitar 6 bulan. Penyembuhan penuh mungkin mengambil masa sekitar 6 bulan

  1. Low-no histamine diet
  2. Supplements
  3. Anti-histamine
  4. Prescription medicine

  1. Low histamine diet





2. Supplements

  • Vitamin D (menstabilkan mast cells, mengawal sistem imun dan anti-inflamasi). Start dengan dos 1000 IU sehari dan naikkan dos berdasarkan paras vitamin D darah (21)
  • Vitamin C (anti-histamine semulajadi). Dos 2-3 gram sehari
  • Niacin (Vitamin B3) (merencat pembebasan histamine dari mast cell) (22). Dos: 300-1000 mg sehari (23)
  • Quercetin (menstabilkan mast cell) (24)
  • Zinc (merencat pembebasan histamine dari mast cell) (25). Dos: 50 mg sehari
  • Selenium (mengurangkan aktiviti mast cell) (26). Dos: 100-200 mcg sehari. maksimum 400 mcg
  • Magnesium (diperlukan untuk pembentukan enzim DAO) (27). Dos: 310-420 mg sehari

3. Anti-Histamine
  • Contoh: Loratidine, Cetirizine, Telfast. Ambil dos lebih tinggi dari biasa - 2-3 tablet sehari


4. Prescription Medicine

  • H2 receptor antagonist. Contoh: famotidine 20 mg bd
  • Mast cell stabilisers. Contoh: Ketotifen 1 mg bd


Penutup dan Kesimpulan

1. Long Covid mempunyai hubung kait yang rapat dengan mast cell activation syndrome (MCAS)/histamine intolerance

2. Rawatan untuk MCAS/histamine intolerance ialah dengan pengambilan diet rendah histamine yang asasnya ialah makanan segar tanpa diawet dan diproses. Beberapa supplement/ubatan seperti anti-histamine dan mast cell stabilisers juga mungkin perlu ditambah untuk membantu proses penyembuhan

3. Bagi pengamal keto, perhatikan makanan/minuman yang mempunyai kandungan histamine yang tinggi - elakkan


Rujukan

1. https://www.worldometers.info/coronavirus/

2. https://www.worldometers.info/coronavirus/country/malaysia/

3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8056514/

4. https://www.webmd.com/lung/news/20211118/millions-worldwide-long-covid-study

5. https://www.nst.com.my/news/nation/2022/02/774666/khairy-long-covid-affects-10-15-pc-people

6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/09/864871/12654-pesakit-menderita-long-covid-khairy

7. https://www.nice.org.uk/guidance/ng188/resources/covid19-rapid-guideline-managing-the-longterm-effects-of-covid19-pdf-51035515742

8. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/coronavirus/covid-long-haulers-long-term-effects-of-covid19

9. https://academic.oup.com/omcr/article/2019/5/omz029/5509827

10. https://www.ijidonline.com/article/S1201-9712(20)30732-3/fulltext

11. https://www.researchgate.net/figure/A-simplified-diagram-of-mast-cell-activation-and-their-receptors-and-activators-that_fig1_349702204

12. https://www.frontiersin.org/articles/10.3389/fimmu.2015.00620/full

13. https://www.mdpi.com/2075-1729/10/4/50/htm

14. https://www.mdpi.com/2218-273X/10/8/1181/htm

15. https://www.diagnosisdiet.com/full-article/histamine-intolerance

16. https://www.immunoloco.com/en/3-controversial-amino-acids-histamine-intolerance-mcas/

17. https://www.healthline.com/health/histamine-intolerance#outlook

18. https://www.jstage.jst.go.jp/article/fstr/22/1/22_1/_pdf










No comments:

Post a Comment