Thursday, 24 March 2022

IF: Strategi Serampang 2 Mata Melawan Pandemik Covid & Obesiti

Oleh: Dr Hapizi


Kita masih lagi belum keluar dari pandemik Covid-19 dan masih lagi bergelut dengan pandemik obesiti (dan diabetes) sejak sekian lama.


Apakah jalan penyelesaiannya?

Satu artikel dari journal Trends in Endocrinology & Metabolism (2021) oleh Ealey et al baru-baru ini seakan memberi harapan 'ada sinar cahaya di hujung terowong' untuk keluar dari kedua masalah ini - iaitu dengan strategi intermittent fasting (IF).

Alhamdulillah dengan tertubuhnya group sokongan IF di Malaysia seperti IFM, RDO, PMLS dan lain-lain, lama sebelum munculnya Covid-19, kita telah mengorak langkah dan berada di landasan yang betul.

Jom kita lihat sepintas lalu screenshot berkenaan artikel tersebut




Kesan obesiti terhadap Covid-19: meningkatkan severity dan komplikasi Covid-19 dengan meningkatkan inflamasi, merendahkan sistem pertahanan badan, memburukkan kawalan gula darah serta keradangan usus


Kesan dari kawalan gula yang tidak terkawal (hyperglycaemia) terhadap Covid-19 yang akhirnya boleh menyebabkan inflamasi yang serius, akhirnya boleh berakhir dengan cytokine storm dan kematian


Kesan dari IF dan diet rendah karbohidrat - menurunkan paras gula, paras insulin darah, mengurangkan berat, membakar lemak, serta meningkatkan sensitiviti insulin


Antara pelbagai manafaat IF semasa pandemik Covid-19: 

1. Mengurangkan tabiat makan buruk semasa lockdown
2. Menstabilkan emosi ke arah lebih positif
3. Meningkatkan sistem pertahanan badan
4. Membantu kesihatan metabolik keseluruhan
5. Mengurangkan keseriusan, komplikasi serta kadar kematian disebabkan Covid-19
6. Menyihatkan usus
7. Membantu respons terhadap vaksin




Kesimpulan:

Strategi IF serta diet rendah karbohidrat/keto perlu dipromosi dan dipergiatkan lagi di kalangan masyarakat umum untuk melawan pandemik Covid-19 dan obesiti


Rujukan:

Ealey KN, Phillips J, Sung HK. COVID-19 and obesity: fighting two pandemics with intermittent fasting. Trends Endocrinol Metab. 2021;32(9):706-720. doi:10.1016/j.tem.2021.06.004

Link: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8226104/#

Download pdf : di sini

No comments:

Post a Comment